Mungkin semua n3 n3 yang aku post nie telah menyebabkan korang kenal siapa pemilik atau identiti sebenar pemilik blog nie..... so ...cuma satu yang aku pinta..... biarlah ia menjadi rahsia antara kita.....fahamila apa yang aku lalui......fahamilah perjalanan kehidupan aku.......

Thursday, September 17, 2009

17 september 2009 ( coretan hati )

Assalamualaikum ,
Erm ape khabar semua, pada yang selalu membaca blog aku ? lama sungguh aku x menulis blog ini , kini barulah ada kesempatan sikit nak tulis blog ni , disebabkan dah lama aku x menulis blog ni sebelum bulan ramadhan lagi, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa dan sekarang dah tinggal berapa hari lagi nak raya, aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada anda semua.


Erm, dalam bulan pose ni , aku telah banyak habiskan masa dengan tidor je , pahtu malam aku x ketinggalan ke masjid untuk solat terawih,dan baru-baru ni sekolah aku ade buat khatam al quran , jadi aku masuklah sekali , kitaorang tadarus la bersama sama………….
Mengenai perasaan aku , aku masih begini , aku baru sedari yang aku kuat untuk menghakis perasaan itu, tapi aku akan tetap cuba mencintai seorang perempuan, tetapi setiap malam, aku tetap akan mengingati lelaki itu, lelaki itu tetap menjadi ingatan aku setiap hari , tapi kerana dia, aku rasa aku telah dapat petunjuk yang aku harus berubah , sebab dia seorang yang baik , perangai dia baik , pertama kali aku mendengar dia membaca al quran , bacaan dia telah membuatkan aku insaf, tetapi aku akan teringatkan dia setiap kali aku ingin tidur, bangun dari tidur , mahupun semasa makan berbuka puasa dan sahur, aku rasa, aku x boleh melupakan dia , ……………………………………………………………………………………….
Erm………….. entahlah aku rasa diri aku penuh dengan dosa, tapi perasaan aku x dapat dicegah aku tetap sukakan lelaki itu , aku berharap perasaan ini akan berubah disebabkan dia aku telah insaf , dan disebabkan dia aku mahu belajar dengan lebih bersungguh sungguh lagi ,


Mengenai kawan aku , aku rasa aku telah banyak berterus terang dengan dia , persahabatan aku engan dia semakin rapat, dia telah banyak memahami aku dank aku juga memahami dia, aku harap persahabatan ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat, baru aku tahu perbincangan adalah jalan yang paling elok untuk menyelesaikan masalah ,bukannya mendiamkan diri. Dan memendamnya dalam hati, ………………………………..
Aku rasa raya pada tahun ini lebih bermakna dengan semua ini , mempunyai seorang sahabat yang memahami aku , aku pun ada lessen , bolehla aku beraya ke rumah kawan 2 aku,he3...
Oklah sampai disini dulu coretan hati aku, jika berkesempatan lagi aku kan menulis lagi, aku harap korang yang mempunyai masalah seperti aku supaya muhasabahlah diri , jangan asyik mendekati maksiat, “sekiranya kita menyukai seorang lelaki , tetapi tidak melakukan ape ape yang membwa kita ke perkara maksiat, itu tidak berdoasa “ bagi aku aku lebih insaf apabila menyukai lelaki ini, dia telah memberi petunjuk kepada aku supaya kembali ke jaln yang benar. ( tetapi aku masih mencintai dia tanpa pengetahuan dia )
Oklah , sebelum mengundur diri aku ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin, jika ada tersalah bahasa aku memohon kemaafan , semoga anda semua berbagia selalu , jangan lah bersedih akibat perkara yang biasa2. oklah aku harap korang semua happy always .SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR BATIN . 