Mungkin semua n3 n3 yang aku post nie telah menyebabkan korang kenal siapa pemilik atau identiti sebenar pemilik blog nie..... so ...cuma satu yang aku pinta..... biarlah ia menjadi rahsia antara kita.....fahamila apa yang aku lalui......fahamilah perjalanan kehidupan aku.......

Friday, December 18, 2009

aku mahu berubah.....

Assalamualikum pembaca blog sekalian ,
Erm… ternyata pelbagai dugaan yang aku hadapi untuk berubah….
Erm aku memang mahu sangat berubah…
Tetapi bila aku mula berjumpa seseorang yang aku suka ...
Entahlah perasaan itu datang kembali...
Perasaan kasih sayang itu datang kembali pada diri aku...

Sekarang perasaan itu tlh datang kembali dalam hidup aku...
aku tlh menyukai dia...
Sekarang aku makan tidak lalu...
Dua tiga hari ini... aku selalu ingin melihat wajahnya...
Tidur pun tak lena...
Bila perasaan rindu tu datang aku rasa sedih sebenarnya ...
Mrngapa aku suka kat dia..
Erm... entahlah...
Aku menulis disini hanya untuk meluahkan segala yang terpendam dalam hati aku...

Aku suka dia..
Mengpa ini berlaku.....
Aku sedih....

Aku ingin berubah ....

Sekarang aku baru tahu kehidupan sebagai seorang lelaki ....

Tetapi sebenarnya ada jalan yang tlh dijanjikan....
Sebenarnya jika kita sentiasa berdoa kita boleh berubah....
Aku harap korunk juga akan berubah...
Ingatlah berdoa boleh mengubah takdir yang telah ditetapkan kepada kita...
Wahai sehabatku.... aku fahami hatimu...
Oleh itu marilah sama sama kita meninggalkan larangannya ...
Kita kembali solat dan berdoa kepada Allah supaya kita kembali ke pangkal jalan...
Ingatlah doa boleh mengubah segala galanya....


Alhamdulillah ...
Lepas aku tulis semua ni aku rasa ringan sangat... x berapa sedih lagi...

Terima kasih diari ku kerana memndengar segala curahan hati aku....

sekian...

Tuesday, December 8, 2009

sedikit perubahan...

salam.......
aku telah melakukan sedikit perubahan pada diary aku ini
aku harap korunk suma suka............
tajuk diary aku pun aku dah tukar....
my life diary......
i love my diary...........

this for you all........

aku mahu berubah.... ( nur )

Assalamualaikum ………………
Hari aku mendapat “nur” dari Allah s.w.t……………….
Aku mengatahui yang sebenarnya minat itu boleh di ubah …… ia boleh di ubah apabila terdapat dorongan yang tertentu …. Sekiranya aku minat pada lelaki aku rasa aku boleh mengubahnya …. Dan ada jalan untuk mengubahnya….. aku rasa dengan dorongan sesuatu , aku boleh berubah……………
Aku harap aku boleh berubah………………

Satu lagi nur yang aku dapat ialah…………

Aku memetiknya dari ayat al quran tetapi aku lupa ayatNya yang penuh ...
Aku Cuma hanya ingat sedikit sahaja iaitu...
”sesuatu yang kita rasa adalah baik untuk diri kita, mungkin tidak baik untuk kita, dan sesuatu yang kita rasa tidak baik untuk kita, mungkin adalah baik untuk kita”

Ayatnya mungkin berbunyi begitu..... aku akan membuat rujukan mengenai ia.........

Setakat ini sahaja aku disini................

Wassalam.............

Sunday, December 6, 2009

aku mahu berubah ( please bace )

Asslamualaikum pembaca blog sekalian……………..
Aku harap anda semua sihat sejahtera……………
Sebenarnya pada post ini aku ingin mencoretkan segala yang tersimpan di hati aku..
Aku rasa disini tempat yang paling sesuai aku mencurahkan segala galanya…..
Tetapi aku akan tetap merahsiakan identiti aku, sesiapa yang ingin berkenalan dengan aku bolehla email kepada aku....

Segalanya bermulaa.........................................................................

Aku dilahirkan pada....haribulan..... 199...., dan nama aku diberi muhamad.....................
Sekarang aku berusia ... tahun dan aku masih di awal remaja terlalu bayak lagi yang aku akan pelajari di dunia luar.............
Tetapi satu ”keadaan” telah timbul dalam diri aku......
Aku mula mengetahui yang aku menyukai sesama jantina pada tingkatan satu.....aku sendiri tidak tahu bagaimana perasaan itu telah timbul dalam diri ku...... semenjak dari itu aku mula meminati kaum lelaki... aku mula menjadi pendiam, pememdam, dan segalanya yang pernah aku beritahu dalam post yang lepas...
Aku pernah menyoal diri aku sendiri adakah ini takdir aku ...... pada seketika masa aku akan berfikir keseorangan memikirkan apa yang terjadi pada diri ku sendiri......... .... aku seorang homoseksual ..sekarang aku telah berani untuk mengaku.... aku meyukai lelaki ..tetapi adakah ini telah ditakdirkan kepada aku.....setiap malam aku akan memikirkannya dan merasa yang aku telah salah memilih dan di luar fitrah.... tetapi perasaan ini hadir dalam diri aku dengan semulajadi tiada siapa yang menyebabkan aku jadi begini........ mungkin juga pada sekolah rendah aku lebih rapat dengan kawan perempuan dan hanya berkawan sedikit dengan lelaki...... tetapi apakah yang menyebabkan aku lebih rapat dengan perempuan?????????????...... aku tidak mahu salahkan pada sesiapa... aku hanya ingin meluahkan apa yang terpendam dalam hati aku... apa yang menyebabkan aku jadi begini... aku pernah terbaca dalam gm....dan dari mulut orang .... mereka mengkeji homoseksual..... sedangkan perasaan ini lahir dengan sendirinya ...tidakkah mereka pernah terfikir benda itu.....mereka hanya mahu meyalahkan orang yang menjalinkan hubungan ini.... sedangkan aku sendiri tidak pernah melakukan hubungan seks luar tabii..... aku Cuma mahu bersahabat sesama manusia yang mempunyai masalah seperti aku , aku Cuma mahu seseorang yang dapat memahami hati aku... itu saja.. bukannya mahu melakukan lebih daripada itu..... tetapi bagi mereka yang tidak faham mereka akan tetap memandang hina sekiranya seseorang seperti aku mengaku yang dirinya homoseksual..... aku sendiri tidak berani untuk mengaku kepada ibubapa aku yang aku ni gay............. aku mungkin terfikir bila aku beritahu aku ni gay.... pertama sekali yang mereka kata ”nabi tak mengaku umat”..... mereka tak faham dan tidak akan pernah faham.... perasaan menyukai sesama jantina ..... ”perasaan” sesuatu yang lahir dalam diri kita tanpa paksaan ..... ianya lahir secara semulajadi..... aku terfikir sekiranya aku beritahu kelaurga aku yang aku ni gay........ aku tak tahu apa yang akan berlaku .. adakah mereka akan menghantar aku ke tempat pemulihan atau mereka akan melakukan perkara yang bukan bukan ??????????????????? . aku takut untuk menghadapinya ......... aku harap keluarga aku akan terima aku seadanya.... kerana perasaan ini lahir dengan semulajadi dan ia tidak boleh dipaksa.................
Mungkin ada jawapannya pada masalah aku ini, tetapi aku belum ketemui........
Aku Cuma takut untuk menghadapi segala dugaan ini ... aku tidak boleh berjumpa dengan lelaki yang .... terus jadi tak tentu hala........ sepatutunya semua ini tidak berlaku kepada aku............ hanya satu aku belum pusa hati........ orang yang menganggap seseorang yang mengaku dia menyukai sesama jenis akan dianggap keji.... nabi tidak mengaku umat....... itulah yang mereka akan katakan...... adakah mereka mahu orang seperti aku ini mengubah dalam sekelip mata perasaan yang menyukai sesama jenis kepada menyukai berlainan jantina..... dalam sekelip mata.........???????????
Sebenarnya mereka perlu mendalami dengan betul siapa kah ”homoseksual”.........
aku Cuma mahu memberitahu perasaan ini lahir dengan semla jadi....... aku mungkin ada mendengar kabar yang ada gay boleh berubah dan berkahwin dengan perempuan...... TETAPI aku juga ada mendengar yang seorang suami melakukan hubungan luar tabii....
dengan lelaki............

entahlah apa yang aku luahkan disini aku sendiri tidak faham....................... aku Cuma seorang lelaki yang didalamnya lahir perasaan menyukai sesama lelaki......... Tetapi aku Cuma meyukai lelaki dengan nama kasih sayang seperti juga lelaki yang meyukai wanita hanya dengan kasih sayang....... dan bukannya DIPENGARUHI oleh nafsu..................
aku Cuma mahu seorang ”teman rapat” ............. aku Cuma mahu sesorang yang dapat berbual dengan aku semasa susah senang............itu sahaja tidak lebih dari itu.............seperti juga lelaki yang memrlukan kasih sayang seorang wanita( dan ini adalah lumrah kehidupan)........
erm..............................................
mungkin tujuan utama aku menulis post pada hari ini adalah untuk membetulkan tanggapan orang ramai sekiranya aku mengakui yang aku menyukai sesama laki....... aku tak mahu orang menilai aku seorang yang jijik kerana menyukai lelaki......... ....... dan itu adalah PERASAAN yang lahir dengan semula jadi..................
( mungkin korunk ada terfikir aku lelaki lembut , sebenarnya tidak, hanya perasaan aku je yang macam ni , sbb tu orang kat luar x pernah terpikir aku ni gay ).......

aku harap apa yang aku tulis ni berada di bawah lindungan ALLAH bukanya dengan penguasaan iblis...................

tujuan lain aku menulis post ini adalah aku mahu berjanji tidak akn lagi mengulangi perkara yang berdosa seperti melihat video l***h dan lain lagi...................
aku mahu berubah dan aku juga mahu berjanji aku mahu mendapat keputusan yang cemerlang pada spm tahun depan...

mungkin diari ini akan menjadi peneman hidup aku selamnya........................
dialah kekasihku..............................
hanya diari ini yang memahami aku...........dan segala yang aku lakarkan disini langsung tidak dibantah oleh diari ini...................
aku sayang diari ini kerana dapt memahami aku :) .............................................
aku juga harap pembaca blog juga memahami aku..............
sekian sahaja sampai disini.................
kita akan bertemu lagi di post akan datang.........
wassalam..........

p/s : aku tidak dapat menyatakan identiti aku , kerana aku masih dibawah umur..

Sunday, November 15, 2009

Friday, October 30, 2009

kepastian

salam....
aku nak sambung cerita aku sal masalah aku ....
selepas baru saja aku tulis tengtang masaalah aku ngan kawan aku tu ....
dia datang ke rumah aku petang tu.....
aku x tahu la kenapa dia tiba tiba datang umah aku... mungkin dia x de kawan dan rasa bosan kot.. atau dia datang nak kepastian tengtang masalah aku....
masa dia datang tu aku buat derk je....
aku tanya dia sal ape datang..... dia kata saje....
lepas tu dia minta aku ambil buku latihan ... sebab dia nak ajar aku....

alhamdulillah .,yang paling aku pasti .... hubungan persahabat antara aku dan dia masih kekal....
dia masih x tahu masalah aku.....
aku tahu dia seorang yang x dapat terima kenyataan sekiranya dia dapat tahu tengtang perasaan aku....

tetapi belum ada kepastian yang sangat...
sama ada dia saje kawan ngan aku... supaya dia dapat cungkil rahsia aku.. ataupun dia memang ikhlas kawan ngan aku... satu kepastian yang ditunggu tunggu.....
aku akan terus menjadi hipokrit di hadapan dia .... sehingga aku benar benar sedia memberitahu tengtang masalah aku.....
hanya dalam diari inilah saja tempat aku meluahkan segala galanya....

EaGlE MaN..............

Thursday, October 29, 2009

kesedihan seorang lelaki :(

Assalamualaikim , hai pembaca blog erm…. Dah lama aku x menuls blog …..
Hari ni baru ada masa nak tulis blog….
Aku Cuma nak update je blog aku ni sambil nak catitkan diari aku disini ...
Tinggal berapa minggu lagi je sekolah dah mula nak cuti , aku la yang paling suka... ha3..
Pada cuti depavali lepas aku pulang ke kampung di ...... lepastu aku terus ke perak ..
Jauh jugak aku berjalan he3 tapi yang penting seronok...
Nanti cuti ni pula aku ke kuala lumpur ... erm jalan lagi tapi aku suka.he3...sebelum menunggu hari sebelum cuti aku terpaksa menempuhi satu lagi peperiksaan ...
Erm... aku bukannya rajin sangat nak membaca ni ,... tapi nak buat cam ne .... namanya lagi periksa terpaksa la aku ulang kaji... kerja sekolah berlambak lambak langsung aku x buat ,,.. yang pasti tahun depan cikgu aku nak chek ...
Dalam cuti ni kena buat homework la juga... err........ m***s nya aku rasa....
aku tak nak dah sebut benda tu takut semakin menjadi jadi kan pula... kata kata kita kan doa ..so sebut la rajin selalu ... insyaallah rajin....


tujuan utama aku tulis blog ni sebenarnya untuk meluahkan tengtang masaalah aku.....
sekarang ...benda yang aku tak ingin telah terjadi pada aku...

kelmarin banyak masa terluang kerana cikgu ada kerja... so aku borak la ngan kawan kawan aku ... di tempat duduk aku.... masa tu aku tengah kemas dah buku sbb dah nak balik ...so. aku letak buku atas meja.... masa aku mengemas tu tiba tiba kawan aku terjumpa diary yang aku tulis dan membacanya...terus aku ambil dari dia.....
dalam kertas tu aku tulis pasal perasaan aku jadi aku tak tahu dia sempat bace ke tidak tengtang masalah aku tu, tapi lepas tu dia terus je diam dan x bercakap dengan aku , tapi aku buat x tahu je... dia pernah kata dia x suka berkawan dengan orang yang menulis diary ni, so aku rasa sebabtu dia senyapnje.... aku tak tahu apa yang dia fikir tengtang aku ... aku takut rasia aku akan terbongkar dan semua akan tahu tengtang massalah aku...
kawan aku ni memang suka cerita sal aku kat orang lain tapi aku harap dia tak kan cerita kat orang lain.... kalau semua orang tahu tengtang masalah aku .. semestinya aku takkan ada kawan lagi... aku tahu apa yang mereka akan berfikir tengtang seorang gay ni ... seorang yang jijik ... dan nabi takkan mengaku umat..... aku pun tahu benda tu tapi .... tak semestinya gay itu semuanya jijik ... macam aku aku tak pernah buat ape ape yang menyebabkan aku jijik... seperti melakukan hubungan sejenis... dan lain lain lagi..... apa yang menyebabkan aku jadi macam ni adalah kerana Allah yang menganugerahkan aku perasaan ini.... perasaan suka akan lelaki...

tapi mereka x kan pernah terfikir benda ini....
mereka hanya fkir yang seorang gay ini seorang yang jijik.... dan nabi tak mengaku umat... aku takut sangat benda itu berlaku kepada aku.... tapi sekarang aku hanya menyerah kepada ilahi.... aku harap kawan aku akan terima aku seadanya...

tapi dari kelakuannya kelmarin aku tak tahu sama ada dia membenci aku sebab aku menulis diari atau pun aku seorang gay...
semuanya akan terbukti nanti pada hari persekolahan nanti....
aku akan tahu ... kalau dia x bercakap dengan aku ... itu sudah terbukti yang dia sudah putus kawan dengan aku.... tapi aku harap semua itu tak kan berlaku kerana dia seorang saja kawan yang aku ada.... aku amat berharap sangat dia akan terima aku seadanya.....

sekian CoReTaN HaTi AkU......

Thursday, September 17, 2009

17 september 2009 ( coretan hati )

Assalamualaikum ,
Erm ape khabar semua, pada yang selalu membaca blog aku ? lama sungguh aku x menulis blog ini , kini barulah ada kesempatan sikit nak tulis blog ni , disebabkan dah lama aku x menulis blog ni sebelum bulan ramadhan lagi, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa dan sekarang dah tinggal berapa hari lagi nak raya, aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada anda semua.


Erm, dalam bulan pose ni , aku telah banyak habiskan masa dengan tidor je , pahtu malam aku x ketinggalan ke masjid untuk solat terawih,dan baru-baru ni sekolah aku ade buat khatam al quran , jadi aku masuklah sekali , kitaorang tadarus la bersama sama………….
Mengenai perasaan aku , aku masih begini , aku baru sedari yang aku kuat untuk menghakis perasaan itu, tapi aku akan tetap cuba mencintai seorang perempuan, tetapi setiap malam, aku tetap akan mengingati lelaki itu, lelaki itu tetap menjadi ingatan aku setiap hari , tapi kerana dia, aku rasa aku telah dapat petunjuk yang aku harus berubah , sebab dia seorang yang baik , perangai dia baik , pertama kali aku mendengar dia membaca al quran , bacaan dia telah membuatkan aku insaf, tetapi aku akan teringatkan dia setiap kali aku ingin tidur, bangun dari tidur , mahupun semasa makan berbuka puasa dan sahur, aku rasa, aku x boleh melupakan dia , ……………………………………………………………………………………….
Erm………….. entahlah aku rasa diri aku penuh dengan dosa, tapi perasaan aku x dapat dicegah aku tetap sukakan lelaki itu , aku berharap perasaan ini akan berubah disebabkan dia aku telah insaf , dan disebabkan dia aku mahu belajar dengan lebih bersungguh sungguh lagi ,


Mengenai kawan aku , aku rasa aku telah banyak berterus terang dengan dia , persahabatan aku engan dia semakin rapat, dia telah banyak memahami aku dank aku juga memahami dia, aku harap persahabatan ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat, baru aku tahu perbincangan adalah jalan yang paling elok untuk menyelesaikan masalah ,bukannya mendiamkan diri. Dan memendamnya dalam hati, ………………………………..
Aku rasa raya pada tahun ini lebih bermakna dengan semua ini , mempunyai seorang sahabat yang memahami aku , aku pun ada lessen , bolehla aku beraya ke rumah kawan 2 aku,he3...
Oklah sampai disini dulu coretan hati aku, jika berkesempatan lagi aku kan menulis lagi, aku harap korang yang mempunyai masalah seperti aku supaya muhasabahlah diri , jangan asyik mendekati maksiat, “sekiranya kita menyukai seorang lelaki , tetapi tidak melakukan ape ape yang membwa kita ke perkara maksiat, itu tidak berdoasa “ bagi aku aku lebih insaf apabila menyukai lelaki ini, dia telah memberi petunjuk kepada aku supaya kembali ke jaln yang benar. ( tetapi aku masih mencintai dia tanpa pengetahuan dia )
Oklah , sebelum mengundur diri aku ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin, jika ada tersalah bahasa aku memohon kemaafan , semoga anda semua berbagia selalu , jangan lah bersedih akibat perkara yang biasa2. oklah aku harap korang semua happy always .SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR BATIN . 

Monday, August 10, 2009

coretan hati

assalamualaikum.........
ape khabar semua......
erm.. selepas aku membaca dan copy ke dalam blog aku, kisah kisah yang dihadapi oleh orang yang seperti aku, aku merasakan satu bebanan yang berat sangat telah terlepas dari bahu aku.......
aku harap aku dapat menyelesaikan massalah aku dengan menggunakan tips tips yang di beri....
walaubagaimanapun ......... aku masih belum berubah sepenuhnya......
perasaan itu akan terus berada di hati aku........ aku rasa aku x mampu untuk menghakisnya dari hati aku...
biarlah aku dengan perasaan ini selagi aku masih belum terlanjur.... dan selagi aku masih dapat mengawalnya.... bagi pembaca blog sekalian .... aku rasa dengan adanya kisah kisah begini.... semestinya beban anda akan berkurang...

bagi aku....
aku tetap begini...
sekarang aku rasa lebih bahagia ... kerana merasakan bukan aku seorang saja yang menghadapi masalah ini.... tetapi aku masih belum lagi dapat menceritakan masalah ini kepada kawan aku... aku takut ia akan mengutuk aku ......
aku rasa lebih baiklah aku mencoretkan segala kedukaan dan kegembiraan aku disini..
aku rasa lebih bahagia.... bila aku menaip setiap coretan hati aku disini...
aku juga berharap... sekiranya ada pembaca blog yang menghadapi masalah yang sama seperti aku... lebih baik rasaya luahkan segala yang terdapat di hati anda ....
oklah dulu , aku ingin mengundur diri dahulu .......................:)
happy always :).........................

Thursday, August 6, 2009

persoalan...

Sutra:

Dari sudut pandangan Islam, tentunya kita ketahui bahawa homoseksualiti itu adalah perkara yang dilarang keras dalam agama. Apakah pandangan Islam tentang mereka yang menyimpan perasaan terhadap kaum sejenis tetapi tidak melakukan apa-apa kecuali menyimpannya sahaja dan berusaha mengawalnya?

Abah Yasir:

Dalam agama Islam, berazam untuk melakukan perkara keburukan atau maksiat belum dikira sebagai satu dosa sehinggalah kita melakukan perkara tersebut.

Oleh itu bagi mereka yang menyimpan perasaan terhadap kaum sejenis tetapi tidak melakukan apa-apa kecuali menyimpannya sahaja belum dikira melakukan dosa.

Malah jika mereka sudah berazam untuk melakukannya kemudian tidak jadi melakukannya, Allah akan memberikan satu pahala kebaikan untuknya.

Dalam sebuah hadith Qudsi ada disebutkan perkara ini:

”Barangsiapa yang berkehendak mengerjakan keburukan kemudian tidak jadi melakukannya maka dicatat oleh Allah sebagai satu kebaikan yang sempurna di sisi-Nya dan barangsiapa yang berkehendak mengerjakan keburukan itu kemudian jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah Taala sebagai satu keburukan sahaja di sisi-Nya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Sutra:

Dua belia homoseksual yang kami temui adalah mereka yang menyatakan mereka mempunyai pengajian asas agama di madrasah mingguan. Salah seorang daripada mereka menyatakan dia tetap tidak meninggalkan solatnya.

Solat dan pengajian agama – ibu bapa mungkin menganggap sudah ’selamat’ untuk anak-anak mereka jika dia bersolat dan ke pengajian agama, tanpa mengambil kira faktor-faktor lain. Apakah pandangan ustaz tentang perkara ini?

Abah Yasir:

Mempelajari agama dan melakukan solat, bukan bermakna seseorang itu sudah dikira sebagai immune atau kebal daripada melakukan sebarang dosa.

Kita masih lagi perlu mengawal nafsu shahwat kita daripada segala perkara yang dilarang oleh Allah termasuk hubungan seks sesama kaum sejenis.

Sikap merasakan anak-anak sudah ‘selamat’ kerana sudah mempunyai asas agama atau kerana sudah sering solat adalah satu tindakan yang kurang tepat dan merbahaya.

Ibu bapa juga perlu menyemai pada diri anak-anak tentang kepentingan menjaga akhlak dan mempunyai budi pekerti yang baik selain sentiasa mengingatkan diri anak tentang bahaya pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan termasuk di antara kaum sejenis jika ia membabitkan perasaan cinta kepada kaum sejenis.

Sutra:

Bagaimana mendekati anak-anak lelaki dengan naluri kewanitaan atau mereka yang berdepan dengan masalah ini sedangkan ramai ibu bapa malu dan segan untuk bertanyakan soal ini?

Abah Yasir:

Jika dimaksudkan dengan mempunyai hobi yang biasanya dikaitkan dengan kaum wanita seperti menjahit, memasak, mengemas rumah dan sebagainya atau mempunyai sifat ‘lembut’ tetapi tidak cenderung kepada kaum sejenis, maka ia tidak mengapa.

Walau bagaimanapun, para ibu bapa juga perlu memantau dan mengawasi kecenderungan anak-anak yang mempunyai perawakan ‘kewanitaan’ ini sejak dari kecil dengan menyeimbangkan mereka dengan aktiviti lasak-lasak atau sebarang aktiviti yang yang dikaitkan dengan pertahanan diri sebagai contoh.

Pada masa yang sama, para ibu bapa juga perlu mengawal kebebasan percampuran anak-anak apabila anak-anak semakin meningkat usia remaja. Ini penting agar anak-anak tidak ‘terlalu selesa’ apabila berdepan dengan kaum wanita.

Akibat ‘terlalu selesa’ dengan wanita ini kadangkala boleh mengakibatkan atau menyuburkan minat terhadap aktiviti yang biasanya dikaitkan dengan wanita dan bekerja dengan klien wanita seperti mereka fesyen pakaian wanita dan profesi andaman.

Ini boleh mengakibatkan pergaulan tanpa batasan walaupun mungkin tidak disertai dengan naluri keghairahan dan sebagainya kerana bersikap profesional dalam melaksanakan tugasan.

Pada masa yang sama, para ibu bapa boleh merujukkan kepada khidmat bantuan Kaunseling jika mereka tidak dapat menangani dalam hal ini.

Sutra:

Kalau dilungsuri di dalam Internet, terdapat kisah-kisah imam gay atau gay Islam yang ingin mengubah tanggapan ramai, bahkan, mempergunakan hadis-hadis tertentu untuk berpihak pada kecenderungan mereka. Apakah pandangan Ustaz tentang perkara ini?

Abah Yasir:

Homoseksual dan lesbian dilarang dengan keras dalam agama Islam sama seperti Allah melarang perbuatan zina di antara lelaku dan perempuan.

Ini jelas dikhabarkan oleh Allah dalam kisah kaum Nabi Lut yang melakukan hubungan dengan kaum sejenis (Liwat). Malah perbuatan ‘Liwat’ dinisbahkan daripada kaum Nabi Lut, begitu juga dengan perbuatan ‘sodomy’ dalam bahasa Inggeris yang dinisbahkan kawasan Sodom, kediaman kaum Nabi Lut.

Tindakan Imam-Imam gay di Amerika atau golongan Gay Islam yang mempergunakan ayat-ayat Quran atau hadith dengan menginterpretasi mengikut kehendak mereka, adalah lebih kepada untuk menjustifikasikan kemaksiatan yang telah dilakukan dan mempertahankan bahawa aktiviti liwat mereka bukan merupakan satu dosa.

Adakah ini bermaksud bahawa perbuatan liwat lebih mulia dari zina? Pastinya tidak sama sekali.

Pendapat mereka ini hanya diakui dan diiktiraf oleh golongan gay Islam sahaja dan ditolak oleh sekalian ulama lain. Golongan ini berpandangan bahawa Allah itu Maha Adil dan Penyayang kepada sekalian hambanya, tetapi mereka lupa bahawa Allah hanya Pengasih kepada orang-orang yang menjauhi larangan-Nya tetapi Allah juga Maha Pembalas terhadap golongan yang melewati batas.

Sutra:

Saya mendapat lampiran emel daripada seorang pembaca yang menyatakan dia (seorang gadis) mengenali seorang lesbian yang mencintai dirinya menerusi aktiviti sukarela sebuah pertubuhan Islam. Saya tahu ini mungkin satu kes isolated tetapi ada juga belia yang memberitahu teman-teman gaynya ke masjid untuk terlibat aktif dalam kumpulan belia.

Ada yang ingin menghuraikan masalahnya dan tidak kurang pula yang Astaghfirullah setakat mencari outlet untuk ‘mencuci mata’. Bagaimana menangani isu ini ustaz?

Abah Yasir:

Pandangan saya mengenai isu ini, ia serupa dengan golongan belia yang aktif dengan aktiviti sukarela dan pada masa yang sama terlibat dengan hubungan BGR yang pastinya lebih ramai berbanding dengan kes golongan belia yang meminati kaum sejenis.

Namun tidak seperti pergaulan lelaki dan perempuan yang boleh dikawal oleh pertubuhan Islam dan juga masjid-masjid yang rata-rata tidak menggalakkan hubungan bebas di antara lelaki dan perempuan, perkara yang sama tidak dapat dilakukan terhadap golongan homoseksual dan lesbian.

Malahan, mungkin gejala ini tidak dapat dikesan sama sekali kerana ia melibatkan kes-kes terpinggir dan tidak dilakukan secara terang-terangan.

Cuma ingin ditekankan, terdapat ramai golongan aktivis belia masjid yang mempunyai keperibadian dan kepimpinan yang baik selaku mentor yang diharapkan dapat menjadi contoh dan agen perubah bukan sahaja kepada belia-belia Gay tetapi juga kepada belia-belia yang pernah terlibat dengan anasir yang kurang baik tetapi ingin aktif dengan kegiatan masjid.

Mereka ini pula dipimpin oleh seorang pegawai pembangunan belia yang biasanya dari lulusan ukhrawi atau sekular tetapi mempunyai semangat Islam yang kuat selaku pendamping kepada para belia yang memerlukan.

Bagi saya selaku sebagai pegawai di masjid, kami tidak menghadkan golongan tertentu sahaja mendampingi masjid, jika didapati ada golongan belia yang memang dikenal pasti terlibat dengan homoseksual. Ia tetap akan diterima dengan tangan yang terbuka. Mereka akan didekati dan diberikan pertolongan yang sewajarnya. Mereka perlu dibantu dan bukan dipinggirkan.

Apa yang penting, para ibu bapa perlu membekalkan anak-anak pengetahuan agama selain dari kemahiran dalam memilih kenalan agar anak-anak mempunyai kekuatan daya tahan yang tinggi tidak kira di mana mereka berada sama ada di masjid, pertubuhan-pertubuhan belia mahupun di sekolah.

Sutra:

Adakah jalan keluar untuk membantu belia-belia homoseksual, baik lelaki dan wanita dalam menjalani kehidupan yang lebih baik? Tips-tips untuk belia dan juga ibu bapa. Atau kalau-kalau bertemankan, berteman lelakikan atau berteman nitakan seorang homoseksual. Bagaimana menanganinya?

Abah Yasir:

Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mengatasi perkara ini. Antaranya:

1. Ubah mindset

Langkah utama untuk keluar daripada lingkaran ini ialah dengan menukar mindset kita dari ‘tiada pilihan lain’ kepada ‘aku ada pilihan’ atau ‘aku boleh berubah’.

Jika tidak ditukar mindset ini, maka sukar untuk sesiapa pun membantu kita dalam hal ini.

Kita juga perlu menukar salah tanggapan bahawa ia adalah naluri semulajadi dan tidak dapat dielakkan sama sekali.Jika kita anggap ia sebagai naluri semulajadi sekalipun, kita tetap perlu melawan hawa nafsu kita.

Keadaan yang sama juga berlaku terhadap hubungan sesama lelaki dan perempuan, mujahadah atau peperangan melawan hawa nafsu tetap diperlukan.

Malah, andai kata diberi alasan bahawa senario nya tetap tidak sama kerana lelaki dan perempuan boleh berkahwin. Ia juga bukan satu alasan yang konkrit, kerana selepas perkahwinan kita tetap perlu melawan nafsu shahwat apabila berdepan dengan lelaki atau wanita yang bukan mahram.

2. Puasa

Antara ibadah yang baik dilakukan bagi mengawal nafsu syahwat ialah dengan berpuasa. Inilah anjuran baginda kepada pemuda yang yang ingin bernikah tetapi belum mampu.

Puasa merupakan satu langkah pencegahan yang efektif bagi mengekang hawa nafsu. Sebab berlapar dan mengosongkan perut itu meninggalkan kesan yang baik untuk menerangi hati nurani serta menimbulkan semangat pada anggota badan untuk beribadah selain dari menididik jiwa dan mengurangkan nafsu shahwat.

3. Berkongsi Kisah Kejayaan (Success story)

Terdapat banyak kisah-kisah kejayaan atau success story pada mereka yang dahulunya seorang yang homoseksual tetapi berjaya berubah, berkahwin dan seterusnya memperolehi anak.

Pastinya ia tidak mudah, ia memerlukan kepada pengorbanan dan semangat untuk terus berubah dan percaya diri.

Namun yang paling penting, kita perlu bertanya pada diri kita, jika mereka mampu lakukan dan berubah, mengapa tidak kita?

4. Refleksi Diri

Perlu membuat refleksi diri atau muhasabah diri. Mengapa selepas mempelajari agama dan mengerjakan melakukan solat, namun kita tetap tidak mampu melawan diri daripada melakukan perkara yang dibenci Allah ini.

Mengapa? Hanya kita sahaja yang mampu menjawabnya. Mungkin soalan-soalan berikut ini perlu dijawab:

- Berapa kerapkah kita melakukan solat?

- Sejauhmana jujurnya kita bertaubat pada Allah?

- Apabila kita melakukan kesilapan atau dosa, siapakah yang dipersalahkan? Diri sendiri atau takdir yang membuatkan kita tiada pilihan lantas terpaksa mengikut hawa nafsu?

Pendek kata melakukan ibadah adalah satu perkara, melakukan satu perubahan dan berusaha melawan hawa nafsu adalah satu perkara yang lain pula.

Namun dengan ibadah wajib seperti solat fardu yang kita lakukan sehari-hari akan lebih dapat membantu kita melawan hawa nafsu dengan lebih berkesan berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkan solat sama sekali.

5. Bantuan pakar/ support group

Memandang isu yang dihadapi adalah serius, maka mendapatkan bantuan pakar daripada Psychiatrist merupakan satu pilihan bagi mengatasi isu yang dihadapi.

Selain dari itu, bantuan dan sokongan moral daripada keluarga dan teman rapat yang dipercayai yang mengamalkan gaya hidup sihat juga amat diperlukan.

Penting untuk golongan ini atau sesiapa sahaja yang berdepan dengan golongan homoseksual ini agar tidak membuang atau menyingkirkan mereka tetapi tetap memberikan sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi.

Ini amat penting agar agar mereka mudah keluar daripada lingkaran sosial yang dihadapi sekarang.

6. Langkah Pencegahan (Intervention)

Bagi mengelakkan terjerumus daripada perbuatan yang dikeji ini, sebaiknya perlu dilakukan langkah-langkah pencegahan dan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang membawa risiko bagi kita mengulangi perbuatan yang terlarang.

Antara perkara yang boleh dilakukan ialah:

- Pastikan tidak berdua-duaan dengan teman yang anda cenderung untuk melakukan perbuatan yang dilarang. Seperti tempat-tempat gelap, rumah atau di hotel.

- Pastikan anda berteman (teman yang dipercayai dan ’straight’) bila bersama dengan teman-teman yang berisiko.

- Tidak melayan perasaan untuk berkenal-kenalan dengan teman sejenis yang diminati, ini kerana dari kenal mengenal akan membawa kepada hubungan telefon, pertemuan, sentuhan dan akhirnya tidak mustahil ia akan berakhir dengan hubungan seksual.

7. Doa.

Selepas apa yang kita lakukan dan usahakan, janganlah lupa untuk terus berdoa kepada Allah. Pintalah pada Allah agar diri anda dipermudahkan dari segala urusan dan beroleh kesejahteraan dan keselamatan.

Dekatkan perhubungan anda kepada Allah dengan melakukan solat Fardu lima waktu selain ibadah-ibadah lain agar diri menjadi tenang serta mendapat pertolongan Allah.

Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”

Antara Gay dan Cassanova

brokeback

Kecoh di dada-dada akhbar tempatan tentang tengkarah dalam pertubuhan A.W.A.R.E. (Association of Women and Research) Di mana dengarnya pucuk pimpinan mereka yang baru tidak menyetujui dasar kepimpinan lama pertubuhan tersebut yang dikatakan pro homoseksual dan lesbian.

Saya sendiri pernah menerima emel dari seorang yang mengaku seorang Gay (boleh rujuk posting tajuk ‘Dilemma seorang Gay’ di laman multiply saya) yang meminta nasihat bagi mengatasi isu identiti yang beliau hadapi. Pernah juga saya didatangi oleh seorang ibu agar memberikan kaunseling pada anak perempuannya yang dikatakan sebagai seorang lesbian. Yang terbaru saya temui pada 2 minggu lepas seorang remaja lelaki yang dirujukkan oleh ibunya kerana tidak percayakan lagi agama Islam (akan saya sentuh lagi pada posting akan datang) dan beliau pula mengaku sebagai Gay.

Malah baru-baru ini saya ditemubual oleh Majalah Sutra bagi membincangkan tentang isu homoseksual ini (akan diterbitkan pada pertengahan bulan Mei). Banyak juga yang disentuh pada majalah tersebut, I.Allah akan saya kongsi bersama di laman ini pada bulan Jun akan datang.

Baru-baru ini, sebelum saya menulis untuk posting ini, saya pernah tujukan satu soalan di ruang facebook saya sama ada keinginan seksual pada kaum sejenis merupakan satu naluri semulajadi? Tak sangka hangat betul komen-komen teman alam maya saya ni. Ada yang tidak setuju, ada yang setuju. Ada juga yang menyatakan kita perlu menerima mereka dan bersimpati dengan mereka kerana mempunyai naluri terhadap kaum sejenis kerana ia merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan sama sekali. Tidak kurang juga yang memberi pandangan-pandangan bernas tentang bagaimana menangani golongan homoseksual. Terima kasih saya ucapkan.

Saya amat sangat bersetuju dengan pandangan untuk kita menerima tanpa syarat golongan ini. Memang begitulah sewajarnya pendirian kita. Malah itulah pendekatan saya apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja, tidak kiralah orang tu bekas pesalah, orang yang minum arak, berkesedudukan, orang yang murtad atau siapa sahaja. Ini kerana jika kita singkirkan dan hina mereka, bagaimana untuk kita lakukan sesuatu agar mereka dapat berubah di kemudian hari?

Tetapi itu bukan bermakna kita perlu bersetuju dengan segala tindakan dan kesalahan mereka. Yang betul kita puji, jika ada yang silap perlu kita tegur dan betulkan. Tidakkah itu anjuran junjungan besar Nabi kita iaitu jika lihat suatu kemungkaran hendaklah kita cegah…. Betul tak?

Semasa saya ditemubual, saya diberitahu bahawa di Amerika terdapat Gay Muslim yang dilantik menjadi imam? Wow! Imam ni pula terang-terangan mengaku yang beliau seorang Gay, malah sempat berkongsi pengalaman bagaimana beliau pernah terlanjur!

Alasan golongan ini, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..memang betul Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, tetapi sifat pengasih Allah hanya kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh kepada-Nya dan tidak kepada orang yang Fasik atau orang yang berbuat dosa besar (Lihat Surah At-Taubah, ada Bismillah tak?). Bagi orang yang berbuat dosa, kita perlu ingat..Allah juga Maha Pembalas, maknanya..kalau kita buat sesuatu yang dibenci Allah..maka balasan Allah juga sangat pedih.

Pada masa yang sama, Allah juga Maha Pengampun dosa-dosa. Tetapi dengan syarat kita bertaubat dan meninggalkan dosa-dosa kita dan memperbanyakkan amal soleh termasuk ibadah-ibadah yang wajib seperti solat Fardu lima waktu dan sebagainya. Jika kita bertaubat tapi tak buat apa-apa..pun tak guna juga.

Kedua, mereka beralasan bahawa ia merupakan satu naluri semulajadi. Alasan yang sama juga saya terima ketika memberikan sesi kaunseling pada seorang remaja lelaki sedikit masa dulu. Ok lah, saya tidak ingin berdebat dengan beliau pada masa tu..Saya jelaskan padanya..Jika benar ia adalah naluri. Maka saya sangat-sangat bersimpati padanya, saya juga nyatakan kesyukuran kepada Allah kerana diberikan naluri suka pada wanita dan tidak pada lelaki dan saya jelaskan padanya ujian yang beliau terima adalah cukup berat dan tak semua orang mampu menangkisnya jika tidak bersungguh-sungguh.

Ujian diberikan pada orang yang Allah cintai dan merupakan peluang untuk kita menambahkan ganjaran. Nabi Muhammad juga diberikan ujian yang bukan kepalang, padahal dia merupakan manusia yang paling Allah cintai. Saya tambah lagi, untuk melawan naluri beliau tu merupakan satu tugasan yang bukan mudah dan pada masa yang sama juga bukan satu perkara yang mustahil!

Katakan, jika kita diberikan naluri suka pada perempuan. Tidakkah kita masih juga perlu mengawal nafsu pada wanita tersebut? Pernah seorang Gay email kepada saya, beliau membantah..katanya kalau suka perempuan kita boleh kahwin tetapi suka lelaki tiada jalan keluar! Saya katakan, kalau dah kahwin pun tetap kena kawal nafsu juga..berapa ramai orang yang dah berkahwin tetapi masih lagi berzina? Maknanya, suka lelaki ke perempuan ke…kita tetap perlu kawal nafsu.

Sebenarnya ia kembali pada diri kita, sama ada kita ingin berubah atau tidak? Kita yang punya pilihan. Allah itu Maha Adil dan Maha bijaksana, Dia tahu apa yang diciptakan adalah yang terbaik untuk makhluk-Nya. Lelaki untuk perempuan, perempuan untuk lelaki. Itulah fitrah. Jika kita rasakan kita tidak boleh ubah tabiat kita suka pada maksiat, maka sampai bila-bila pun kita tidak akan berubah jadi baik.

Tetapi jika kita rasakan kita boleh, maka, kita pasti akan mencari jalan ke arah itu iaitu berusaha merubah diri kita menjadi seorang yang beriman dan bertakwa. Dirikanlah solat, banyakkanlah amalan agar iman kita menjadi lebih kukuh dan jitu di samping dapatkan bantuan bagaimana dapat kita ubah tabiat kurang baik yang ada pada diri kita.

Bagi yang masih berbuat maksiat walaupun sudah bersolat, teruskanlah solat yang dilakukan, pohonlah pada Allah agar kita diberikan kekuatan untuk berubah dan melawan maksiat dalam diri. I.Allah ianya lebih mudah untuk kita melawannya berbanding dengan orang yang tidak bersolat. Tidakkah solat itu pencegah keburukan dan kemungkaran?

Renungkanlah firman Allah:

“Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) ; Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar”. Al-’Ankabut: 45.

Dilemma Seorang Lelaki (Gay) Bahagian Keempat

for everyone
Soalan melalui email pada 15 Oktober 2008

Assalamulaikum ustaz

Maaf tetapi saya agak keliru atas kenyataan ustaz yg mengatakan jalan keluar bagi lelaki seperti saya adalah untuk berkahwin, sepertimana lelaki 'straight' yg lain. Bagaimana dapat saya memikul tanggungjawab sebagai suami jika saya tidak dapat memenuhi nafkah batin terhadap isteri saya, yg saya percaya adalah one of the valid grounds for divorce. As a male, i am the active participant in the sexual act and I am rather sure that I cannot perform since i am not attracted to the female sex in the least bit.. Percayalah, kalau ada seorang wanita yg boleh hidup berumahtangga dgn saya tanpa mengharapkan perhubungan fizikal, akan saya pertimbangkan secara serius. Tapi adakah wanita sedemikian, and is it fair for her?

Memang betul ada ramai lelaki gay yg mempraktikkan seks secara rambang dan bebas, tetapi ada juga inginkan hidup berpasangan secara monogami dgn pasangan yg senasib (exclusively gay) dan setia sepertimana lelaki-lelaki sejati yg lain. Pernah say ber-chat di internet dgn seorang lelaki melayu gay yg memilih utk berpasangan dgn lelaki seIslam sahaja, dan berjaya menasihatkan pasangannya yg tidak rajin bersolat utk bersolat. Being gay is part of his identity dan walaupun dia tahu ia adalah bertentangan dgn Islam, dis berserah sahaja.

Keinginan saya berdamping dgn kaum sejenis bukan semata-mata utk mengikutkan hawa nafsu 'buas' saya, tetapi atas memenuhi keperluan emosi dan companionship yang saya butuhkan selama ini. Saya telah berusaha sedaya yg termampu selama lebih 20thn utk melawan perasaan ini dan sebaliknya cuba utk mewujudkan perasaan yg sama terhadap wanita tetapi nampaknya belum berhasil.

Betul saya ada pilihan sama ada utk berhubungan dgn lelaki atau tidak. Tetapi mempunyai perasaan ini terhadap lelaki ternyata bukan pilihan saya. Dan pilihan utk tidak mengendahkan perasaan ini merasa semakin hari semakin berat untuk dilaksanakan kerana seluruh badan dan naluri saya berkata sebaliknya. Cubalah ustaz bayangkan, kadangkala saya takut berhimpit terlalu rapat ketika sembahyang berjemaah kerana khuatir saya akan merasa teruja, sesuatu yg pernah berlaku!


Saya bukan mahu memalingkan diri dari Islam; tidak pernah terlintas pun di hati utk berbuat demikain. Saya masih berusaha utk melakukan semua rukun-rukun Islam; saya juga tidak mengamalkan perkara2x buruk yg lain seperti berminum, berjudi, ke kelab malam dan sebagainya. Setakat ini saya juga rasa saya dapat memenuhi tanggungjawab saya terhadap ibu bapa dan keluarga dgn baik, malah ibubapa saya sering mendapat pujian dari teman2x mereka kerana mempunyai anak yg "baik" dan berpendidikan tinggi.

Namun saya sedih dan kecewa sekali kerana rasanya belum terjawab mengapa saya dibebankan dgn musibah ini yg rasanya terlalu berat utk dipikul; sementara ramai lelaki biasa lain yg mungkin kurang perhatian terhadap isu agama mengambil ringan tentang isu perhubungan mereka dgn wanita.

Kerapkali sebelum tidur dan juga di dalam kereta apabila saya ternampak sebuah kelurga bahagia sedang berjalan saya menitiskan air mata sendirian mengenangkan nasib saya.

Apakah hikmahnya disebalik ujian ini dan adakah penyeksaan batin satu-satunya jalan ke syurga?

Terimakasih di atas segala perhatian ustaz terhadap saya selama ini.

Wassalam

Dilema Seorang Lelaki (Gay) Bahagian Ketiga

Soalan melalui email pada 11 Oktober 08

Assalamualaikum ustaz

Terimakasih sekali lagi for yr reply.

Saya meminta maaf jika ustaz terasa seperti saya inginkan ustaz menyetujui dgn tindakan saya, bukan maksud saya begitu.
I was just wondering kalau ada huraian yg lebih compassionate terhadap golongan saya selain seksaan api neraka..

Biarlah saya berikan satu scenario: Saya berlaku intim dgn kaum sejenis, dan melakukannya hanya kerana adalah mustahil dan saya tidak mampu membuat hubungan fizikal dgn wanita. Saya membuat perkara itu secara consensual/ tiada paksaan dan berusaha memastikan perbuatan itu tidak menyakiti orang lain. ( Berbeza dgn seorang lelaki yg melakukan zina, ada huraian yg agak mudah baginya kerana dia boleh menghalalkan perbuatannya itu dgn bernikah dgn kekasihnya. Perbuatan zina juga boleh menyebabkan masaalah seperti mendedahkan isterinya (jika dia sudahpun berkahwin) kepada penyakit kelamin, atau boleh membuat kekasihnya menjadi hamil dan isi-isu sosial yang lain berkaitan dgn kandungan atau kelahiran luar nikah.) Di masa yg sama, saya tetap melakukan rukun-rukun Islam dgn tekun. Adakah saya akan tetap menemui nasib serupa dgn kaum Nabi Lut? Adakah amalan saya akan ditolak?

Wassalam

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jawaban:

Waalaikumsalam.

Saudara,

Tiada bezanya senario tersebut. Senario jalan keluar bagi mereka yang ingin berzina dengan ialah dengan bernikah wanita itu juga sebenarnya tidak hanya ekslusif untuk lelaki yang sukakan wanita. Ia juga 'applicable' kepada lelaki secara umum termasuk mereka yang sukakan lelaki.

Begitu juga dlm senario ini, walaupun ada jalan keluar dengan cara nikah. Jika lelaki tersebut tidak mahu melawan hawa nafsunya, dia juga juga boleh terjebak ke dalam kancah zina.

Begitu juga dengan point akibat perbuatan zina boleh menyakiti orang lain seperti boleh mendedahkan isteri kepada penyakit kelamin juga boleh berlaku kepada mereka melakukan hubungan seks sesama jenis, tidakkah boleh memberi risiko kepada pelaku tersebut kepada penyakit kelamin? Bagaimana pula jika ia sudah mempunyai penyakit kelamin kemudiannya melakukan hubungan seks dengan teman sejenis yang lain, tidakkah perbuatan tersebut boleh memberi risiko kepada teman sejenis yang lain? Bagaimana pula jika teman yang lain itu juga punyai isteri? Bagaimana pula jika dia hamil?

Allah itu Maha Pemurah dan Pengasih kepada sesiapa yang bertaubat dan ingin kembali ke pangkal jalan. Namun dia juga Maha Pemaksa kepada siapa yang mengingkari larangannya.

Seseorang yang mengamalkan rukun Islam akan diterima amalannya, namun ditakuti dosa besar seperti perbuatan liwat akan menggelapkan hati seseorang daripada mendekatkan diri kepada Allah. Selain dosa besar tersebut ditakuti menenggelami amal kebajikan lain yang telah dilakukan. Dan Ya, perbuatan liwat boleh menjerumuskan kita kepada apa yang berlaku kepada kaum Nabi Lut.

Saya amat berharap agar selepas baca email ini, saudara dapat melakukan sesuatu bagi mengubah diri dan tidak berserah diri menjadi mangsa keadaan. Ini kerana saya masih belum dapat melihat sebarang tanda yang menunjukkan usaha david untuk merubah keadaan selain daripada pelbagai alasan untuk justifikasikan perbuatan saudara.

Saya rasa sudah menjawab segala soalan yang dikemukakan pada ketiga2 email saudara yang telah lepas dan sekarang ini terpulanglah kepada saudara untuk melakukan sesuatu.

Dilemma Seorang Lelaki (Gay) Bhg Kedua

Blog Entry
for everyone
Soalan melalui email pada 11 Oktober 08

Assalamualaikum Ustaz

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terimakasih kerana ustaz sudi membaca luahan hati saya dan memberikan pandangan. tetapi buat masa ini biarlah kita berhubung melalui email kerana saya belum bersedia berhadapan dgn ustaz.

Selain dari kaum nabi Lut, adakah situasi atau konteks lain di mana golongan homoseks ini disebut di Al-Quran? Dan adakah ustaz tahu jika ada hadis-hadis yg melibatkan bagaimana Rasullullah saw berhubung dgn golongan ini? Pada pandangan ustaz, apakah hikmah atau purpose of gejala ini kerana rasanya ia adalah dugaan yg sangat berat kerana " kecacatan' ini tidak ada jalan keluar yg mudah dan, lain daripada kecacatan fizikal di mana si penaggungnya tidak dipersalahkan, golongan homoseks dicemuh kerana sengaja memilih jalan ini walaupun pada hakikatnya adalah sebaliknya?

Mengenai success stories yg ustaz sebutkan, adakah ustaz mengenali sekurang-kurangnya seorang secara peribadi? Jika ya, bolehkah ustaz memberikan emailnya supaya dapat saya berhubung dengannya utk menanyakan pengalamannya?

Memang ada golongan orang yg cenderung kpd sesama jenis mendirikan rumahtangga, tetapi ada juga di kalangan mereka yg masih berhubungan dgn kaum sejenis tanpa pengetahuan isteri mereka, atau membayangkan kekasih mereka semasa menggauli isteri mereka untuk "perform' ataupun mendapatkan kepuasan. Some of them are also bisexual to begin with, so having natural sexual relations with a woman is possible.This is unlike those who are exclusively homosexual, like I think I am, so that's why I said I did not have a choice where determining my sexual identity is concerned. Kalau betul saya ada pilihan, jika saya ada rasa tertarik kpd wanita walau sedikitpun, masakan saya mahu merumitkan kehidupan saya dgn memilih utk mennggauli lelaki sahaja?

Ustaz ada memberikan contoh berpuasa utk mengawal hawa nafsu, it is but a temporary measure I think. Pada fikiran saya, plas correct me if i'm wrong, nafsu seks adalah naluri semulajadi, malah satu nikmat Tuhan kpd manusia cuma ia harus di antara suami-isteri yg sah. Walaupun di bulan ramadhan, seseorang itu dibenarkan menggauli isterinya pada waktu malam. Even our prayer leaders/ imam are not deprived of the pleasures of a healthy sexual relationship with their spouses. This is unlike other religions such as Catholicism, Buddhism and even Hinduism I think di mana their prayer leaders have to remain chaste and pure and not engage in sexual relations/ get married. This has led to the occurrence of ppl going into clergyhood to hide their real sexual tendencies and has led to some abusing their positions to take advantage of others under their care, like what happened to the Catholic clergy.

My point is mengawal nafsu shahwat ini dgn langsung tidak melakukannya adalah perkara sukar kerana ia adalah ibarat menyuruh seorang lelaki sejati tidak mengendahkan keperluan batinnya dan remain celibate utk selama-lamanya. Mewujudkan rasa cenderung terhadap kaum bukan sejenis pula terasa as unnatural (even revolting) as asking a straight person to develop feelings for someone of the same sex. Huraian saya ialah mungkin orang-orang yg senasib dgn saya adalah seakan-akan orang-orang cacat (penglihatan sebagai contoh), di mana sesebuah nikmat yang diambil mudah (atau taken for granted) oleh segolongan besar yang lain, ditarik oleh Tuhan di atas sebab-sebab yang hanya Dia sahaja yg ketahui. Mungkin saya boleh hidup tanpa mempunyai hubungan fizikal dgn sesiapa, tetapi saya tidak tahu jika saya boleh hidup diperkatakan orang mengapa saya tidak hidup berumahtangga seperti orang lain.

Wassalam


===============================================

Waalaikumsalam.


1. Saya dapat lihat melalui email saudara, kesungguhan untuk berubah.Tapi pada yang sama terdapat hambatan2 yang bermain di benak fikiran anda.

2. Saya maklum dengan hakikat terdapat juga golongan biseksual. Namun, kisah yang pernah baca di majalah (keluaran tempatan) merupakan kisah seorang homoseksual ekslusif. Beliau diliwat dari kecil oleh seorang kenalan rapat keluarga, dari situ beliau berubah menjadi seorang yang cenderung kepada kaum sejenis. Keadaan ini berterusan sehingga selepas NS.

3. Bagi mengikis perasaan suka kepada kaum sejenis ini, beliau cuba aktif dalam aktiviti sukarelawan di salah sebuah badan setempat. Beliau kemudian berkenalan dengan seorang sukarelawan wanita yang banyak membantu dan mendengar luahan hati beliau dan akhirnya hasil dari persahabatan biasa membawa ke gerbang perkahwinan.

4. Saya tidak pasti, sama ada beliau membayangkan semasa melakukan hubungan seks dengan isterinya dengan kekasih lama beliau (seorang lelaki), namun jika benar sekalipun perbuatan (seks) tersebut adalah halal.

5. Dalam Quran tidak disebutkan kisah homoseksual selain dari kisah kaum nabi Lut. Begitu juga, tiada riwayat hadith yang menunjukkan gejala ini berlaku pada zaman Rasulullah.

6. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, Dia tahu apa yang terbaik buat manusia kerana Dialah yang menciptakan kita. Pada masa saya bersetuju bahawa keinginan untuk melakukan seks merupakan naluri semulajadi manusia, atas dasar itu Allah mensyariatkan perkahwinan. Ini berbeza dengan keinginan melakukan seks dengan kaum sejenis, ia merupakan satu perkara yang diluar tabii manusia. Atas dasar itu Allah melarangnya dan mengutuk perbuatan kaum Nabi Lut.

6. Perumpamaan saudara juga kurang tepat, berbeza dengan nikmat mata yang ditarik (buta), naluri terhadap wanita adalah satu naluri semulajadi pada setiap lelaki. Dalam kes saudara, ia tidaklah lenyap selamanya. Saudara perlu berusaha dan berdoa agar mudah-mudahan naluri itu akan datang kembali. Tuhan itu Maha Mendengar lagi Maha Pengasih.

7. Ibadah puasa adalah satu langkah yang berterusan bagi membendung shahwat jika dalam keadaan yang kritikal. Ia bukanlah satu langkah short term. Saudara perlu melakukan 'mujahadah' atau perjuangan bagi melawan hawa nafsu saudara.

8. Spt saya katakan pada email terdahulu, adalah sukar untuk saya membantu saudara jika kita tidak dapat bersetuju dengan hakikat bahawa kita mempunyai pilihan dan bertanggungjawab dalam setiap perbuatan yang kita lakukan.

9. Saya dapat melihat daripada email ini, saudara seolah-olah ingin mendengar kata2 dari saya bagi menyetujui segala tindakan yang saudara lakukan. Terus-terang saya katakan saya bersimpati dengan nasib yang dialami oleh saudara, namun pada masa yang sama jelas perbuatan melakukan hubungan intim dengan kaum sejenis adalah satu perbuatan yang dilarang dan dikutuk oleh Allah.

10. Namun saya gembira, bila saudara menyatakan bahawa saudara mungkin boleh hidup tanpa mengadakan hubungan dengan sesiapa tetapi tidak pasti boleh hidup diperkatakan orang mengapa saya tidak hidup berumahtangga seperti orang lain adalah astu tanda yang positif pada diri saudara.

11. Bagi saya saudara perlu dapatkan bantuan sebagaimana jawapan email saya yang lalu. saudara juga perlu merenung dan mempraktikkan perkara yang telah saya sebutkan dalam email yang terdahulu selain berdoa mengharapkan bantuan daripada Allah.

12. Saudara cubalah dulu mulakan perjuangan..dan bila sudah bersedia untuk berjumpa. Sila hubungi saya. Saya bersedia membantu.


Terima kasih.

Dilema Seorang Lelaki (Gay)

Blog Entry
for everyone
Soalan melalui email pada 5 Oktober 2008

*Beberapa maklumat terpaksa dirahsiakan dan diubah bagi memelihara identiti individu yang bertanya.

Assalamulaikum ustaz

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana menggunakan identiti palsu apabila berhubung dengan ustaz. Saya harap ustaz akan mengerti mengapa saya berbuat demikian apabila ustaz membaca email saya sampai akhir.

Saya ada satu masalah berat yang saya harap dapat ustaz memberikan nasihat dan pertolongan kerana saya tidak tahu di mana lagi saya boleh mendapatkan bantuan.

Saya mulakan dgn memberikan sedikit latarbelakang kehidupan saya sejauh ini. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umur saya telah menjangkau ------, saya seorang lelaki yang telah tamat pengajian di ---- dan kini mempunyai pekerjaan. Tetapi hati saya merasa kosong yang amat sangat, saya teringin sekali mendirikan rumahtangga dan berkongsi hidup dgn seseorang, seperti adik-beradik saya yg lain.

Cuma masalahnya saya langsung tidak tertarik kepada wanita secara fizikal walau sedikit pun, hanya terhadap kaum sejenis sahaja. Ia adalah satu perasaan yang sekian lama saya pendamkan, dan daya tarikan itu datang secara semulajadi dan tidak diundang sejak saya kanak-kanak. Secara luaran saya tetap merasa sebagai seorang lelaki, tidak pernah terlintas untuk menjadi seorang transexual/ hidup sebagai seorang wanita. Cuma kepuasan nafsu sahaja hanya dapat dipenuhi oleh kaum sejenis.

Masalah ini telah membelenggu saya sejak sekian lama kerana saya sedar ia bertentangan degan Islam. Ia telah sedikit sebanyak menjejas perhubungan saya baik dgn kaum wanita dan kaum adam kerana saya tidak dapat bergaul secara terbuka dgn mereka, kerana takut masalah ini diketahui oleh mereka. Oleh kerana itu, saya ada ' few close friends' dan tidak seorang pun, kecuali seorang ahli keluarga rapat, yang tahu tentang masalah saya.

Selama lebih ------ thn, saya dapat mengawal perasaan saya dan mengelakkan daripada membuat perhubungan dgn sesiapa. Saya pun prihatin dalam melakukan solat 5 waktu sejak mengikuti satu perkhemahan belia Islam.

Setiap hari saya berdoa agar keadan saya akan pulih, dan saya telahpun berkesempatan untuk ke tanah suci. Tetapi, perasaan ini tetap wujud dan kian menjadi-jadi mentelah lagi kekosongan hati yang dirasai selama ini.

Istilah "lifestyle choice" is not applicable here because I don't have a choice. Why would I want to complicate life further, and risk destroying everything I have including relationships with family and friends if indeed I can control my feelings for a man and redirect it towards a woman? Mimpi malam (wet dream) saya pun melibatkan kaum sejenis, tidak pernah kaum wanita! Tidak sama seperti wanita lesbian yang masih boleh berumahtangga dan memenuhi tanggungjawab batin terhadap suaminya walaupun dia tidak mendapat kepuasan darinya, saya tidak akan dapat memenuhi tanggungjawab saya memberikan nafkah batin terhadap isteri saya jika saya berkahwin dalam keadaan saya sekarang.

Beberapa bulan yang lalu, mungkin didorong oleh perasaan kecewa yang amat sangat, kekosongan di hati dan iman yg lemah, saya telah terlanjur perbuatan dgn mengadakan perhubungan fizikal dgn seorang lelaki buat pertama kalinya. Walaupun ia tidak melibatkan kegiatan liwat, apa yg berlaku antara kami hanya boleh terjadi di antara pasangan suami-isteri yg sah.

Saya benar-benar mengharapkan bantuan ustaz kerana saya sudah jauh terlanjur. Apakah saya harus hidup bersendirian buat selama-lamanya, walaupun lumrah manusia itu harus hidup berpasangan? Saya tahu ada beberapa ayat Al-Quran yg mencemuh kaum Nabi Lut yang melakukan perhubungan sejenis, tetapi bukankah mereka sudahpun mempunyai isteri, dan melakukan perbuatan tersebut secara kejam dan paksa? Adakah hadis-hadis yang dapat ustaz berikan tentang bagaimana Rasullulah saw menangani masalah ini di kalangan kaumnya?

Ada beberapa kajian yang menganggarkan kira-kira 10 peratus (mungkin lebih) daripada golongan sesebuah masyarakat itu mengalami masalah homoseksual, satu kadar yg saya rasa agak tinggi dan perlukan keprihatinan dan huraian yang sempurna oleh masyarakat termasuk golongan asatizah. It is not just a matter of sexual preference (orientation is a better word because 'preference' implies one has a choice and most homosexuals don't) and physical relations, it is a big part of one's self, identity and being and affect their relationships with the people around them.

Adakah jalan lain buat manusia seperti saya yang masih ingin menjalani hidup yang diredhai tuhan tetapi hanya dapat meraih nikmat kepuasan batin dgn hanya bergaul dgn kaum sejenis? Adakah amalan saya yang lain akan ditolak kerana saya menggauli lelaki? Melenyapkan perasaan homoseksual ini terasa amat sukar sangat kerana ia telah wujud dengan sendirinya sejak kecil lagi, dan walaupun saya pernah berkawan dengan wanita tidak pernah terasa kasih sayang terhadapnya, apatah lagi tarikan fizikal. Cuba ibaratkan seorang lelaki sejati meng-'suppress'-kan naluri semulajadinya, dan sebaliknya menimbulkan perasaan terhadap kaum sejenisnya, bayangkan kepayahannya!

Terimakasih dan Wassalam

=========================================================

Jawapan:

Assalamualaikum.

Saudara,

1. Pertama sekali saya amat berbesar hati kerana anda sudi berkongsi perkara ni dengan saya, walaupun perkara yang disebutkan adalah sensitif.

2. Manusia secara semulajadinya diciptakan berpasang-pasangan. Bagi lelaki mempunyai naluri semula jadi terhadap kaum wanita begitu juga sebaliknya. Namun terdapat juga perkara yang berlaku sebaliknya atas sebab-sebab yang tertentu atau peristiwa yang berlaku yang menyebabkan orientasi seks seseorang individu itu boleh berubah.

3. Saya dapat bayangkan betapa sukarnya anda cuba melawan perasaan tersebut selama bertahun-tahun sehinggalah anda kecundang sekali..namun saya bersyukur yang anda masih lagi tetap dapat mempertahankan diri daripada terjebak kepada perbuatan yang keji yang jelas dikutuk oleh Allah.

4. Sebelum kita melangkah lebih jauh dalam isu ini, saya rasa ada sebaiknya jika kita bersetuju pada satu perkara iaitu setiap perkara yang dilakukan merupakan satu pilihan oleh manusia itu sendiri. Jika kita tidak bersetuju pada perkara ini, maka adalah sukar untuk kita maju ke depan atau move fwd bagi mengatasi isu yang diutarakan.

5. Oleh itu, sama ada suka atau tidak..manusia diberikan akal fikiran untuk memilih dan membezakan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk berlandaskan ketetapan Allah daripada sumber utama manusia iaitu Quran dan Hadith. Dan dalam hal ini, hubungan sesama jenis adalah satu perkara yang dibenci oleh Allah seperti mana juga Allah membenci perbuatan zina antara lelaki dan wanita yang belum bernikah, tidak kiralah apa jua alasan yang diberikan.

6. Atas sebab itu, saya berharap kita dapat bersetuju dengan kenyataan bahawa keinginan untuk melakukan hubungan sejenis adalah satu pilihan dari kita, bukannya kita tiada pilihan. Jika kita bersetuju dengan statement ini. Barulah kita boleh fikirkan beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi perkara ini.

Antaranya:

1. Ubah mindset
Langkah utama untuk keluar daripada lingkaran ini ialah dengan menukar mindset yang anda tiada pilihan lain kepada 'aku ada pilihan' atau 'aku boleh berubah'. Jika anda tidak menukar mindset anda, maka sukar untuk sesiapa pun bantu anda dalam hal ini.

2. Puasa
Antara ibadah yang baik dilakukan bagi mengawal nafsu syahwat ialah dengan berpuasa. Inilah anjuran baginda kepada pemuda yang yang ingin bernikah tetapi belum mampu. Puasa merupakan langkah pencegahan yang efektif bagi mengekang hawa nafsu.

3. Success story
Terdapat banyak kisah2 kejayaan atau success story pada mereka yang dahulunya seorang yang homoseksual tetapi berjaya berubah, berkahwin dan seterusnya memperolehi anak. Pastinya ia tidak mudah, perlukan kepada pengorbanan dan semangat untuk terus berubah dan percaya diri. Namun yang paling penting, anda perlu bertanya pada diri anda, jika mereka mampu lakukan dan berubah, mengapa tidak anda?

4. Refleksi Diri
Anda juga perlu membuat refleksi diri atau muhasabah diri. Mengapa selepas mengerjakan haji dan juga melakukan solat fardu, namun anda tetap tidak dapat melawan diri daripada perkara yang anda sebutkan ini. Mengapa? Hanya anda sahaja yang mempu menjawabnya. Mungkin soalan2 berikut ini perlu dijawab:

- Berapa kerapkah anda melakukan solat?
- Sejauhmana jujurnya anda bertaubat pada Allah?
- Bila anda melakukan kesilapan atau dosa, siapakah yang anda salahkan? Diri anda sendiri atau takdir yang membuatkan anda tiada pilihan lantas terpaksa mengikut nafsu?

Pendek kata melakukan ibadah adalah satu perkara, melakukan satu perubahan dan berusaha melawan hawa nafsu adalah satu perkara yang lain pula.

Namun dengan ibadah wajib seperti solat fardu yang kita lakukan akan lebih dapat membantu kita melawan hawa nafsu.

5. Bantuan pakar/ support grp
- Memandang isu yang anda hadapai adalah serius, maka suka saya mencadangkan anda agar mendapatkan bantuan pakar daripada Psychiatrist bagi mengatasi isu yang anda hadapi.
- Anda juga memerlukan bantuan sokongan daripada keluarga dan teman rapan yang dipercayai yang mengamalkan gaya hidup sihat agar mudah anda keluar daripada lingkaran sosial yang anda hadapi sekarang.

6. Langkah Pencegahan (Intervention)
Bagi mengelakkan terjerumus daripada perbuatan yang dikeji ini, sebaiknya anda perlu melakukan langkah2 pencegahan dan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang membawa risiko bagi anda mengulangi perbuatan terlarang.

Antara perkara yang anda boleh lakukan ialah:
- Pastikan anda tidak berdua dengan teman yang anda cenderung untuk melakukan perbuatan yang dilarang. (tempat2 gelap, rumah atau di hotel)
- Pastikan anda berteman (teman yang dipercayai dan 'straight') bila bersama dengan teman2 yang berisiko.

Saya rasa ini sahaja buat kali ini dari saya, sila hubungi saya melalui telefon pejabat 62353172 bagi bantuan lanjut atau sesi kaunseling bersemuka.

Wassalam.

my dilema

assalamualaikum...
disini ada petikan yang aku copy dari internet mengenai massalah yang aku hadapi.... oleh itu harap semua orang faham apa yang aku rasai selama ini...
wassalam...

Friday, July 24, 2009

24 july 09

salam...
erm..... hari ni aku x tahu lah nak tulis ape...
dah lame aku x cerita perasaaan aku kat cni... tengtang perasaan aku tu .... akku rasa aku dah mampu tabahkan diri.. sejak aku hadapi masalah tu , aku lang sung jadi x berani..aku x suka cakap ngan orang... dan x suka kawan ngan orang... aq tahu yg aku ni *** bila.....
ia hanya bermula apabila dia baru saja melangkah ke sekolah aku.. sebenarnya aku pernah jumpa dia.. tapi x tegur la... cam orang lain la juga... tapi bila dia pindah kat sekolah aku... pertama sekali aku tengok dia masa dia turun kereta lagi... masa tu lagi hati aku jadi x keruan.. aku jadi serba salah.... bila aku balik sekolah ... aku asyik teringatkan dia.... entah la apa dah jadi ngan aku... sejak dari tu aku sering jumpa dia .. tapi aku langsung x pernah tegur dia... aku cuma simpan perasaan ini dalam hati ku.. perasaan ini terus menghantui aku selama beberapa bulan....
selepas itu baru aku tulis blog ni..... semenjak aku tulis kat cni aku rasa perasaan itu telah berkurang ... dan aku telah perbetulkan perasaan itu.... setiap kali aku jumpa dia.... mesti timbul satu perasaan... entah la perasaan ape... tiba tiba aku jadi malu..... oklah dulu kisah aku kat cni dulu.. yang pasti aku telah dapat mengubah diriku dengan meluahkan segala isi hati ku kat cni...... aku sedikit sebabyak telah menyelesaikan masalah aku..... pada pembaca blog ... bolehla komen klau nak coment kat cni...atau nak cerita pasaldiri anda kat cni.... aku harap dengan segala luahan isi hati aku ini ... suatu hari nanti ade orang yang akan faham tengtang masalah yang aku hadapi... ok aku harap pembaca blog sekalian happy always.... :) salam...................

Wednesday, July 15, 2009

exam

salam...
hai...
hari ni aku exam ,... susah la juga nak buat cam ne dah orang lain baca buku aku ni malas... he3
sebenarnya aku exam hari isnin lagi pastu sampai hari selasa minggu depan.. esok exam apr ntah .. ni lah aku seorang yang pemalas ha3....

ok pasal kawan aku hari ni ... entahla hari ni aku kurang cakap ngan dia ... dia pun macam ada benda yang dia shak kat aku... ni coz aku cakap ngan ex gfrend dia .. sebenarnya hari aku memang x de mood lansung nak cakap ngan orang ,tu la aku senyap tu ... tapi dia macam biasa suka gurau ngan orang.... dahla gurau pukul pukul orang .. kalau kawan sekelas x sebut adooooo.... mesti x sah.. mesti dia yang gurau... sebenarnya aku tengah fikir benda lepastu aku x ingat.... ni la.. aper la yang aku pikir tadi.....erm....????????????????????????????????
tertekan juga aku bila x ingat aku pikir aper tadi... x kisahla...
hari ni kat sekolah memang x de mood langsung.. entahla kenapa...
erm malas dah aku nak cerita sal kawan aku tu lebih baik aku cerita sal lain... tapi sebenarya aku bukannya ngumpat kat dia .. aku cuma tulis dan hanya meluahkan ape yang terdapat dalam diri ku ini...
tengtang perasaan aku tu.. sejak aku cerita kat cni... aku rasa ade perubahan la.... tapi perasaan itu masih ade...
tpi aku rasa aku sekarang aku dah berubah sedikit... tapi entahla .... aq nak
keluar jap... happy always... :)

Monday, July 13, 2009

hari ini pun...

hai....
ape khabar semua .... hope sihat selalu
erm... hari ni banyak juga cerita aku nak tulis ... tapi x dan masa la....
aku kena baca buku lah sbb ada exam ..erm masa ni la baru nak rajn sikit... he3.. sebelum tu aku na kcerita sal ape ek...
erm... aku nak cerita sal cerita kat tv tu la ..initial d , fuh cerita dia sedap oooo... yang paling aku suka laki tu ... lumba kereta rileks jer.. dia buat derk je... tu yang aku minat.. tapi ada juga yang sedih.. sebab dia jumpa kekasih dia ngan laki lain ... dia frust giler...
rasa nak tengok balik la cerita tu...
ni sal kawan aq..
aku aku bukannya nak kata yang aku ni x suka kat dia tapi sebb perangai dia yang telah membuatkan aku x suka kat dia ... kadang kadang ... dia okay nagn aku tapi ... bla dia tiba tiba diam entah sebb ape .... masa tu la aku x suka.. dia macam rasiakan sesuatu dari aku .. sekiranya dia menganggap aku ni kawan baik dia dia mesti cerita kat aku . tapi dia senyap jer,... tu la yang aku x suka tu...

sebenarnya aku demam pada hari ahad tu , aku berkali kata kat dia yang aku ni demam dan pening .. aku kata jangan ganggu aku,.. tapi diamacamtu la bila dia okay jer... dia nak gurau ngan orang sedangkan aku x sihat.. aku kata kat dia aku pening... dia kacau juga aku... dia ni kalau bergurau .... orang kata guruau bodo... dia gurau suka pukul pukul orang... mentang mentang la dia tu besar... ikut suka dia je dia nak buat ape ape... masa belajar add math .. aku ni dengan peningnya.... mula mula boleh la belajar sikit pastu habis hilang coz aku x berapa sihat... yang dia pula bila belajar susuah sikit nak faham .. jadi dia tanya aku .. aku kata x faham coz aku tak sihat .. pastu dia kata yang aku ni malas nak ajar dia sedangkan aku pun x faham... tu la aku nak marah sangat....

hari tu memang aku x sihat sangat makan pun x lalu .. apalagi ubat... jadi aku tidur dulu pastu ... baru la kurang sikit... bila dah makan ubat .... erm hari ni la sihat sikit....

oklah aku malas nak cerita panjang panjang aku harap korang semua akan trus membaca catitan hati aku ini....
entahla mungkin aku x patut luahkan disini namun aku rasa lega sikit bila aku tulis kat cni..
good night.... hope you all happy always...
:)

Saturday, July 11, 2009

SELESAI...../ rahsia aku

HAI....

huh letih sungguh la kelmarin sahari suntuk aku duk di kat kelas KPP tu........
nak buat lesen la katakan......... tapi nasib baik la penceramah dan guru dia pandai melawak x la aku mengantuk sangat.... nasib baik semua nya berjalan lancar... tapi cuma dalam kelas je .. aku dok sorang jer.... aku ni nak tegor orang aku malu ......... duk je la aku sorang 2...
tapi ramai juga yang aku tengok x de kawan cam aku.... x kisahla... buat permulaan nak buat lesen aku kena bayar 150 ringgit.... pastu masuk kelas... lepas masuk kelas minggu depan aku kena gi exam pula erm..... ni yang mals ni...... pastu masuk bengkel lepas tu belajar ........... dan seterusnya test ngan jpj...........
hari ni macam biasa la aku bangun kul 12 tengahhari patu makan mandi dan solat...
pastu ngadap tv dan komputer.... bayak aku nak edit myspace aku ....
sebenarnya aku anggap blog ini sebagai diari aku tu la yang aku tuls mengenai diri aku....

*********************************************************************************
sebenarnya banyak lagi yang aku mahu luahkan segala isi hati aku disini tapi aku takut orang akan salah anggap dengan aku... tu la aku masih lagi memendam satu lagi masalah aku.... aku tahu masalah ini dah ade orang ketahui tanpa pengtahuan aku.... sebenarnya akuseorang*****************
entahla aku rasa x mahu aku luahkan disini tapi bagi ahli GM mereka sudah tahu apa masaalah yang aku hadapi ................ dalam menghadapi suatu kehidupan terlalu susah bagiku kerana telah lahir satu perasaan dari hati yang telah menyebabkan aku jadi begini... aku x ingin salahkan yang maha kuasa....... kerana aku rasa aku dapat menghindari masalah ini tapi bagi perasaan aku tiada sesiapa yang dapat menghalangnya dari terus melakukan kehendaknya............ aku telah sedaya upaya dekatkan diriku kepadaNya.......... uutuk melusuhkan perasaan ini tetapi perasaan ini adalah dariNya sendiri........ Dia lah yang memberi perassan ini sejak aku lahir..........
tapi aku akan sedaya upaya tidak akn mengikut perasaan aku ini , aku tahu kerana perasan ini salh di sisi agama........

aku tidak mahu dihina sekiranya mereka dapat tahu massalah aku ini...sebab aku tidak pernah melakukan apa2 yang membuatkan aku ini keji........ cuma perasaan ini sahaja yang membuat aku jadi begini........

sekiranya ini yang aku mahu ....
semestinya aku akan gembira dan suka.
tapi aku lansung x ingin semua ini...
aku langsung tidak gembira...
sedangkan ini adalah satu dugaan bagiku...

ini satu sajak yang aku copy dari laman web dan aku ingin minta maaf sebab copy tanpa kebenaran.

setiap saat dan minit...
ms berputar seolah-olah tidak pedulikn manusia...
sama ada kita bersedia atau tidak...
saat akn tetap bertukar menjadi minit...
minit akn bertukar menjd jam...
jam akn bertukar menjd hari...
hari akn bertukar menjd minggu...
minggu akn bertukar menjd bulan...
bulan akn bertukar menjd tahun...
sehingga tiba satu ketika nt semua ini akn terhenti...
dan kite kembali ke tpt asal kite...
sama ada kite bersedia atau tidak itulah putaran hidup kita...
sama ada kite sedar atau tidak itu lah kitaran hidup yang sedang berlaku...
dan ini mengajar aku erti sebuah kehidupan...
setiap saat aku perlu bersedia utk menanti minit yg tiba...
dan seterusnya...
namun persoalan nya adakah aku sudah bersedia?
hidup aku msh terkontang kanting....
mencari satu destinasi yg x ku ketahui...
aku seolah-olah sesat dlm dunia aku sendiri...
adakah ini yg aku inginkn dlm kehidupan aku?
adakah ini yg aku harapkn dr kehidupan aku?
adakah ini yg aku perlukan dlm kehidupan aku?

sekiranya ini yg aku ingin, harap dan perlukn tentu aku sudah bleh mdabik dada
mlh tersenyum girang...
ataupun aku bleh ketawa bahagia...

tapi aku x bleh...
aku x bleh ketawa...
aku x bleh tersenyum...
aku x bleh girang...
malah tiada rs bahagia dlm hidup aku...

kenape?
adakah bkn ini yg aku perlukn?
adakah bkn ini yg aku inginkn?
adakah bkn ini yg ku harapkn?

di kala kesendirian...
aku slalu merenung ke langit...
memohon agar satu petunjuk dpt diberikan kpd ku...

buat insan yg bernama teman...
fahamilah aku...


setakat ini sajelah coretan aku buat pembaca blog sekalian
hope happy always......... :)

Thursday, July 9, 2009

pagi ini.....

hai assalamualaikum.....
pagi ni aku nak gi buat lesen motor..... tapi rasa nervous la.... coz gi tempat orang x kenal... aku pun x suka la gi tempat 2 yang aku x kenal ... tapi nak wat camna aku terpaksa pergi juga... coz kena wat lesen ..
sebab selama ini aku naik motor x de lesen takut gak aku...
ni sekarang tgh tunggu orang yang nak ambil ... nak pergi ke tempat tu lani....
alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kenapa la aku rasa takut sangat ni....
ni la sifat aku x berapa berani sangat..... oklah aku nak pergi dulu....
wassalam ..happy always....:)

hari ini....

erm.....................
hari ini seperti hari hari bisa bagi aku........ balik sekolah tidor......... dan sekarang tengah tulis blog........ korang boleh lihat sekarang blog aku baru je di update kan...... lama juga aku nak update..... sbb aku x pernah tulis blog......ha3
klau korang lihat, aku ada letak video lagu teman sejati .... korang boleh la tgk sedih la juga video tu tengtang pengorbanan seorang teman...
aku pula masih dengan masalah dengan kawan aku.... setiap hari di skolah macam tu la, banyak sangat yang aku x puas hati ngan dia , tapi nak buat macam mana terpaksalah aku mengalah sebab dia sorang je kawan aku... tapi aku lihat kalau aku x berkawan ngan dia pun x pe rasanya bagi dia sebab masaalah dia dia boleh kongsi ngan makwa dia or kawan yang lain .... aku ni kadang kadang jer di cerita masalah dia.... masa x de orang lain dia nak cerita.... aku sebenarnya bukan x suka sngat kat dia , tapi perangai dia tu yang nampak bangga sangat , tu la yang aku x suka tu...
aku harap dia akan berubah...
tapi selagi aku x beritahu dia pasal diri dia sendiri selagi tu la dia masih macam tu... aku pernah cakap kat dia yang kita ni x boleh menilai diri sendiri....
tapi aku nampak dia sekejap jer berubah pastu mula la ngan perangai dia tu...
asyik nak bangga diri... nak kata dia tu seorang yang sempurna...
aku ni malas la nak cerita sal masalah aku ngan dia... dia pun hanya boleh bagi nasihat,.. tapi nasihat tu pun dia sendiri x guna.... nasihatkan orang tapi kita sendiri x buat...
baru je tadi dia hantar msg.... tapi entahla mrngapa sangat hati aku ni malas sangat nak layan dia..... aku tahu dia masih menganggap aku ni kawan baik dia.... tapi hanya satu dua perkara yang aku x setuju ngan dia... sbb tu la aku x suka kat dia...
aku x tahulah sesuai atau tidak aku ni menjadi kawan dia... sama ada aku x nak kawan ngan dia atau dia x nak kawan ngan aku... sbb dulu aku ade dengar.... dia ngumpat sal aku..... dia kata aku macam 2 tapi .... klau dia ada masalah dia mesti cerita kat aku...
aku sedang dalam dilema kot.... memilih antara dua...
tapi paling yang aku x suka adalah bila dia membenci aku dalam senyap.... aku tahu bila dia x suka kat aku dia akn senyap je dalam kelas..... aku wat kelakar pun dia x gelak... orang lain buat kelakar pun dia x gelak or senyum skit pun....
aku rasa dia patut berterus terang ngan aku sama ada aku penting untuk dia atau tidak... bagi aku ,aku rasa kadang kadang dia penting bagi aku tapi bila rasa benci tu datang aku akn membenci dia...

sebenarnya inilah persahabatan , terlalu banyak dugaan perlu ditempuhi ,
entahlah aku ni sangat keliru dengan kawan aku ni ..... aku x tahu apa yang harus aku lakukan....

setiap kali aku tolong dia aku rasa macam x ikhlas sangat,...
aku rasa ini adalah kelemahan aku... aku x mampu berterus terang ngan dia....mungkin ini disebabkan oleh sifat aku yang x suka melukai hati orang..... sekiranya aku berterus terang ngan dia...aku takut juga... dia x mahu berkawan ngan aku...
memang aku nampak x ramai sangat orang yang suka ngan dia ni.... tapi bagi aku aku tetap mempertahankan persahabatan ini... aku pun x tahu mengapa......

oklah aku rasa letih sangat ni mandi pun belum lagi... so aku nak gi mandi dulu pastu nak tidor la rasa.... ok hope happy always........ and i hope to, you happy ngan your friend....... wassalam.

to my friends......

Wednesday, July 8, 2009

my life

hye aku just nak crita sal diri aku
aku nak tulis sal perangai aku...
pertama aku ni seorang boleh dikira poyo juga he3 tapi x la sangat(bukan macam yang pakai kacamata dan sikat rambul lurus tu) ha3
aku ni sebenarnya seorang yang romantis, sangat sesitif, suka budak budak,bertanggungjawab,
paling penting pendiam, (bila jumpa aku jangan kataa aku sombong tau)he3
suka sangat kawan yang sederhana dan suka yang X bangga diri...
ape lagi ye..
tapi yang penting aku seorang yang sensetif, aku x suka marah orang dan aku x suka orang marah aku, aku ni blh dikatakan pelawak la juga...hhhhe3
suka ambil hati orang kalau orang tgh sedih..
tapi x berapa pandai sangat pujuk orang yang tgh marah....
macam kawan aku tu bila dia marah orang lain ... aku diam jer dan senyum, aku ni suka senyum..
hobi aku erm...........
TIDUR....HA3
aku ni seorang yang blh dikata lurus juga la... berdisilin ... sbb di skolah aku x berani sangat nak ponteng kelas, tapi ade la jga mcm lepas perhimpunan sklh tu aku ponteng la satu masa...
aku ni seorang pengawas sebenarnya .... tu la aku jaga skit dispilin tu...
aku tahu klau orang yang macam aku memang susah sangat nak start bercakap. kena orang lain dulu mula baru takpe.....kalau nak harap tegur jangan harap la orang mcm aku ni nak tegur dulu.... tapi JANGAN SALAH FAHAM ..... aku bukan sombong tapi...pemalu dan pendiam....he3

aku sebenarnya nak masuk lebih dalam mengenai kehidupan aku yang sebenar , tapi aku rasa , aku kena tulis juga la sbb selagi aku x tulis selagi tu aku rasa tertekan,........ tapi aku akan sambung kat post yang lain k. oklah aku dah letih menulis ni kerja sekola pun banyak entah nak buat ke tidak .........ha3
ok...wassalam, i hope u all HAPPPY ALWAYS :)

.........................

Tuesday, July 7, 2009

abaut my life

hai....hari ini .....09 . tinggal brpa hari lagi untuk aku mnyambut hari lahir aku...
sebenarnya aku x rasa gembira mane... coz aku kena buat lesen motor... aku ni x mint mane la nak ke tempat yang aku x kenal dgn sape2 , aku ni memang x suka berkawan , sebab tu la aku tulis blog ni supaya aku dapat meluahkan ape yang tersirat di hati,.... di sekolah pun aku x de mane kawan , yang ade pon sowang dua, yabg sorang tu nak kata bestfriend pun x tahu la , kadang 2 aku x suka gak ngan dia tapi dia banyakla juga tlg aku....yang sorang lagi bukan sekelas aku.... jadi susah la kami nak berjumpa... dalam seminggu tu hanya skali dua je jumpa... tapi dia memang baikla .. aku lau bab mengumpat ni... ngan dia la...he3... klau ckp telefon dalam 3 jam tu x kan habis lagi...
aku ni selain stress ngan kerja sekolah yang bertimbun tu,...aktiviti ko pun aku x suka , aku ni kadet ..... klau ade ape 2 acara mesti panggil... aku ni dahla malas.....
aku ni nak cerita la skit psal kehidupan harian aku...
pagi aku bangun kul 6. brtlk ke sekolah kul 6.45. belajar la sampai balik kul 1.30 tambah lagi ngan kelas tambahan balik kul 2.30....korang kira la sendiri setiap hari duk kat sekolah selama 7 jam , belajar tanpa henti , sapela yang x letih...
pastu balik sampai la kul tiga.... dah letih makan la dulu...
pastu tidur....
aku kul4 baru solat zohor.... lepas tu skali ngan asar... lpas asar aku lepak 2 la ngan sepupu sampai magrib...mlam lepas magrib kena hantar adik aku klas malam... tiap 2 hari... letihla.... tapi takpe la dapat juga naik motor malam2... balik tu aku just rehat depan tv je tgk berita n cerita... ade masa nya aku menulis ni.... dlm kul 12 mlm tu aku tdr la....
homework...? langsung x buat ... itulah aku... seorang yang pemalas ... dan suka tdur..he3.....
tapi aku x de nak cerita kat sape 2 nak cerita ngan kawan pun ape dia blh buat....
tu la aku tulis kat cni...
semenjak aku tulis kat cni ni .. aku rasa lebih lega... dapt membuang segala tekanan pasal bljr... aku bljar x la pandai sangat ... tapi time aku bljar aku faham.... pastu blik umah tidur .... habis hilang yang aku bljr....
aku nak buat homework pun aku x de orang nak tolong ajarkan....
pastu .. aku tiru jela yang kawan punya ,... dah tak reti nak buat....

************************************************************

aku sebenarnya dah lama buka blog ni tapi x berkesempatan nak tulis...
aku pun bukannya pernah tulis blog ..................... ni la ayat aku...ntah ape ape ntah.....
aku tulis blog ni hanya untuk mlepas kan tekanan aku....
keluarga aku adela juga beri nasihat tapi... aku buat dek jer.... aku kata MALAS....
sampai mak aku kata x tahu dah nak buat camna ngan aku ....
aku pun MALAS nak berubah....
aku harap dengan aku menulis di sini..... ade la orang sanggup untuk beritahu aku bgaimana nak berubah.... he...3
dah macam macam aku baca, dengar tengtang montivasi... tapi montivasi itu hanya melekat di kepala aku hanya sehari dua sahaja....

sampai sini la saje aku untuk malam ni ....abaut my life.....
untuk membaca mengenai diri aku lagi tunggu di lain post yang akn datang...
insyaallah aku akan sentiasa menulis... untuk meluahkan ape2 yang terdapat di hati aku ini...
ok....wassalam... happy allways.....

Monday, July 6, 2009

Salam

assalamualaikum, ape khabar,
sebelum aku lebih lagi, aku ingin memperkenalkan diri aku dulu , nama aku...........................
aku baru berumur.... tahun pada bulan... ni, aku saja2 je tulis blog ni untuk lepas tress belajar, aku tg..., homework punya la banyak , aku ni pula seorang yang pemalas he3, kimia fizik biologi , hai susah la juga , rasa menyesal pun ada sbb masuk kelas tu , aku ni pemalas , setiap kli exam mesti dapat no terrrrrbawah, oklah dulu aku sambung laen kali... aku nak keluar dulu...
aku harap ko orang semua sentiasa happy...

Friday, March 13, 2009

Salam

selamat datang ke blog redeagle
blog ini bukanya nak cerita pasal helang merah tapi cuma cerita sal kehidupan aku
ha3...
selamat membaca