Mungkin semua n3 n3 yang aku post nie telah menyebabkan korang kenal siapa pemilik atau identiti sebenar pemilik blog nie..... so ...cuma satu yang aku pinta..... biarlah ia menjadi rahsia antara kita.....fahamila apa yang aku lalui......fahamilah perjalanan kehidupan aku.......

Thursday, August 6, 2009

Dilema Seorang Lelaki (Gay)

Blog Entry
for everyone
Soalan melalui email pada 5 Oktober 2008

*Beberapa maklumat terpaksa dirahsiakan dan diubah bagi memelihara identiti individu yang bertanya.

Assalamulaikum ustaz

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana menggunakan identiti palsu apabila berhubung dengan ustaz. Saya harap ustaz akan mengerti mengapa saya berbuat demikian apabila ustaz membaca email saya sampai akhir.

Saya ada satu masalah berat yang saya harap dapat ustaz memberikan nasihat dan pertolongan kerana saya tidak tahu di mana lagi saya boleh mendapatkan bantuan.

Saya mulakan dgn memberikan sedikit latarbelakang kehidupan saya sejauh ini. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umur saya telah menjangkau ------, saya seorang lelaki yang telah tamat pengajian di ---- dan kini mempunyai pekerjaan. Tetapi hati saya merasa kosong yang amat sangat, saya teringin sekali mendirikan rumahtangga dan berkongsi hidup dgn seseorang, seperti adik-beradik saya yg lain.

Cuma masalahnya saya langsung tidak tertarik kepada wanita secara fizikal walau sedikit pun, hanya terhadap kaum sejenis sahaja. Ia adalah satu perasaan yang sekian lama saya pendamkan, dan daya tarikan itu datang secara semulajadi dan tidak diundang sejak saya kanak-kanak. Secara luaran saya tetap merasa sebagai seorang lelaki, tidak pernah terlintas untuk menjadi seorang transexual/ hidup sebagai seorang wanita. Cuma kepuasan nafsu sahaja hanya dapat dipenuhi oleh kaum sejenis.

Masalah ini telah membelenggu saya sejak sekian lama kerana saya sedar ia bertentangan degan Islam. Ia telah sedikit sebanyak menjejas perhubungan saya baik dgn kaum wanita dan kaum adam kerana saya tidak dapat bergaul secara terbuka dgn mereka, kerana takut masalah ini diketahui oleh mereka. Oleh kerana itu, saya ada ' few close friends' dan tidak seorang pun, kecuali seorang ahli keluarga rapat, yang tahu tentang masalah saya.

Selama lebih ------ thn, saya dapat mengawal perasaan saya dan mengelakkan daripada membuat perhubungan dgn sesiapa. Saya pun prihatin dalam melakukan solat 5 waktu sejak mengikuti satu perkhemahan belia Islam.

Setiap hari saya berdoa agar keadan saya akan pulih, dan saya telahpun berkesempatan untuk ke tanah suci. Tetapi, perasaan ini tetap wujud dan kian menjadi-jadi mentelah lagi kekosongan hati yang dirasai selama ini.

Istilah "lifestyle choice" is not applicable here because I don't have a choice. Why would I want to complicate life further, and risk destroying everything I have including relationships with family and friends if indeed I can control my feelings for a man and redirect it towards a woman? Mimpi malam (wet dream) saya pun melibatkan kaum sejenis, tidak pernah kaum wanita! Tidak sama seperti wanita lesbian yang masih boleh berumahtangga dan memenuhi tanggungjawab batin terhadap suaminya walaupun dia tidak mendapat kepuasan darinya, saya tidak akan dapat memenuhi tanggungjawab saya memberikan nafkah batin terhadap isteri saya jika saya berkahwin dalam keadaan saya sekarang.

Beberapa bulan yang lalu, mungkin didorong oleh perasaan kecewa yang amat sangat, kekosongan di hati dan iman yg lemah, saya telah terlanjur perbuatan dgn mengadakan perhubungan fizikal dgn seorang lelaki buat pertama kalinya. Walaupun ia tidak melibatkan kegiatan liwat, apa yg berlaku antara kami hanya boleh terjadi di antara pasangan suami-isteri yg sah.

Saya benar-benar mengharapkan bantuan ustaz kerana saya sudah jauh terlanjur. Apakah saya harus hidup bersendirian buat selama-lamanya, walaupun lumrah manusia itu harus hidup berpasangan? Saya tahu ada beberapa ayat Al-Quran yg mencemuh kaum Nabi Lut yang melakukan perhubungan sejenis, tetapi bukankah mereka sudahpun mempunyai isteri, dan melakukan perbuatan tersebut secara kejam dan paksa? Adakah hadis-hadis yang dapat ustaz berikan tentang bagaimana Rasullulah saw menangani masalah ini di kalangan kaumnya?

Ada beberapa kajian yang menganggarkan kira-kira 10 peratus (mungkin lebih) daripada golongan sesebuah masyarakat itu mengalami masalah homoseksual, satu kadar yg saya rasa agak tinggi dan perlukan keprihatinan dan huraian yang sempurna oleh masyarakat termasuk golongan asatizah. It is not just a matter of sexual preference (orientation is a better word because 'preference' implies one has a choice and most homosexuals don't) and physical relations, it is a big part of one's self, identity and being and affect their relationships with the people around them.

Adakah jalan lain buat manusia seperti saya yang masih ingin menjalani hidup yang diredhai tuhan tetapi hanya dapat meraih nikmat kepuasan batin dgn hanya bergaul dgn kaum sejenis? Adakah amalan saya yang lain akan ditolak kerana saya menggauli lelaki? Melenyapkan perasaan homoseksual ini terasa amat sukar sangat kerana ia telah wujud dengan sendirinya sejak kecil lagi, dan walaupun saya pernah berkawan dengan wanita tidak pernah terasa kasih sayang terhadapnya, apatah lagi tarikan fizikal. Cuba ibaratkan seorang lelaki sejati meng-'suppress'-kan naluri semulajadinya, dan sebaliknya menimbulkan perasaan terhadap kaum sejenisnya, bayangkan kepayahannya!

Terimakasih dan Wassalam

=========================================================

Jawapan:

Assalamualaikum.

Saudara,

1. Pertama sekali saya amat berbesar hati kerana anda sudi berkongsi perkara ni dengan saya, walaupun perkara yang disebutkan adalah sensitif.

2. Manusia secara semulajadinya diciptakan berpasang-pasangan. Bagi lelaki mempunyai naluri semula jadi terhadap kaum wanita begitu juga sebaliknya. Namun terdapat juga perkara yang berlaku sebaliknya atas sebab-sebab yang tertentu atau peristiwa yang berlaku yang menyebabkan orientasi seks seseorang individu itu boleh berubah.

3. Saya dapat bayangkan betapa sukarnya anda cuba melawan perasaan tersebut selama bertahun-tahun sehinggalah anda kecundang sekali..namun saya bersyukur yang anda masih lagi tetap dapat mempertahankan diri daripada terjebak kepada perbuatan yang keji yang jelas dikutuk oleh Allah.

4. Sebelum kita melangkah lebih jauh dalam isu ini, saya rasa ada sebaiknya jika kita bersetuju pada satu perkara iaitu setiap perkara yang dilakukan merupakan satu pilihan oleh manusia itu sendiri. Jika kita tidak bersetuju pada perkara ini, maka adalah sukar untuk kita maju ke depan atau move fwd bagi mengatasi isu yang diutarakan.

5. Oleh itu, sama ada suka atau tidak..manusia diberikan akal fikiran untuk memilih dan membezakan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk berlandaskan ketetapan Allah daripada sumber utama manusia iaitu Quran dan Hadith. Dan dalam hal ini, hubungan sesama jenis adalah satu perkara yang dibenci oleh Allah seperti mana juga Allah membenci perbuatan zina antara lelaki dan wanita yang belum bernikah, tidak kiralah apa jua alasan yang diberikan.

6. Atas sebab itu, saya berharap kita dapat bersetuju dengan kenyataan bahawa keinginan untuk melakukan hubungan sejenis adalah satu pilihan dari kita, bukannya kita tiada pilihan. Jika kita bersetuju dengan statement ini. Barulah kita boleh fikirkan beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi perkara ini.

Antaranya:

1. Ubah mindset
Langkah utama untuk keluar daripada lingkaran ini ialah dengan menukar mindset yang anda tiada pilihan lain kepada 'aku ada pilihan' atau 'aku boleh berubah'. Jika anda tidak menukar mindset anda, maka sukar untuk sesiapa pun bantu anda dalam hal ini.

2. Puasa
Antara ibadah yang baik dilakukan bagi mengawal nafsu syahwat ialah dengan berpuasa. Inilah anjuran baginda kepada pemuda yang yang ingin bernikah tetapi belum mampu. Puasa merupakan langkah pencegahan yang efektif bagi mengekang hawa nafsu.

3. Success story
Terdapat banyak kisah2 kejayaan atau success story pada mereka yang dahulunya seorang yang homoseksual tetapi berjaya berubah, berkahwin dan seterusnya memperolehi anak. Pastinya ia tidak mudah, perlukan kepada pengorbanan dan semangat untuk terus berubah dan percaya diri. Namun yang paling penting, anda perlu bertanya pada diri anda, jika mereka mampu lakukan dan berubah, mengapa tidak anda?

4. Refleksi Diri
Anda juga perlu membuat refleksi diri atau muhasabah diri. Mengapa selepas mengerjakan haji dan juga melakukan solat fardu, namun anda tetap tidak dapat melawan diri daripada perkara yang anda sebutkan ini. Mengapa? Hanya anda sahaja yang mempu menjawabnya. Mungkin soalan2 berikut ini perlu dijawab:

- Berapa kerapkah anda melakukan solat?
- Sejauhmana jujurnya anda bertaubat pada Allah?
- Bila anda melakukan kesilapan atau dosa, siapakah yang anda salahkan? Diri anda sendiri atau takdir yang membuatkan anda tiada pilihan lantas terpaksa mengikut nafsu?

Pendek kata melakukan ibadah adalah satu perkara, melakukan satu perubahan dan berusaha melawan hawa nafsu adalah satu perkara yang lain pula.

Namun dengan ibadah wajib seperti solat fardu yang kita lakukan akan lebih dapat membantu kita melawan hawa nafsu.

5. Bantuan pakar/ support grp
- Memandang isu yang anda hadapai adalah serius, maka suka saya mencadangkan anda agar mendapatkan bantuan pakar daripada Psychiatrist bagi mengatasi isu yang anda hadapi.
- Anda juga memerlukan bantuan sokongan daripada keluarga dan teman rapan yang dipercayai yang mengamalkan gaya hidup sihat agar mudah anda keluar daripada lingkaran sosial yang anda hadapi sekarang.

6. Langkah Pencegahan (Intervention)
Bagi mengelakkan terjerumus daripada perbuatan yang dikeji ini, sebaiknya anda perlu melakukan langkah2 pencegahan dan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang membawa risiko bagi anda mengulangi perbuatan terlarang.

Antara perkara yang anda boleh lakukan ialah:
- Pastikan anda tidak berdua dengan teman yang anda cenderung untuk melakukan perbuatan yang dilarang. (tempat2 gelap, rumah atau di hotel)
- Pastikan anda berteman (teman yang dipercayai dan 'straight') bila bersama dengan teman2 yang berisiko.

Saya rasa ini sahaja buat kali ini dari saya, sila hubungi saya melalui telefon pejabat 62353172 bagi bantuan lanjut atau sesi kaunseling bersemuka.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment