Mungkin semua n3 n3 yang aku post nie telah menyebabkan korang kenal siapa pemilik atau identiti sebenar pemilik blog nie..... so ...cuma satu yang aku pinta..... biarlah ia menjadi rahsia antara kita.....fahamila apa yang aku lalui......fahamilah perjalanan kehidupan aku.......

Thursday, August 6, 2009

Dilemma Seorang Lelaki (Gay) Bahagian Keempat

for everyone
Soalan melalui email pada 15 Oktober 2008

Assalamulaikum ustaz

Maaf tetapi saya agak keliru atas kenyataan ustaz yg mengatakan jalan keluar bagi lelaki seperti saya adalah untuk berkahwin, sepertimana lelaki 'straight' yg lain. Bagaimana dapat saya memikul tanggungjawab sebagai suami jika saya tidak dapat memenuhi nafkah batin terhadap isteri saya, yg saya percaya adalah one of the valid grounds for divorce. As a male, i am the active participant in the sexual act and I am rather sure that I cannot perform since i am not attracted to the female sex in the least bit.. Percayalah, kalau ada seorang wanita yg boleh hidup berumahtangga dgn saya tanpa mengharapkan perhubungan fizikal, akan saya pertimbangkan secara serius. Tapi adakah wanita sedemikian, and is it fair for her?

Memang betul ada ramai lelaki gay yg mempraktikkan seks secara rambang dan bebas, tetapi ada juga inginkan hidup berpasangan secara monogami dgn pasangan yg senasib (exclusively gay) dan setia sepertimana lelaki-lelaki sejati yg lain. Pernah say ber-chat di internet dgn seorang lelaki melayu gay yg memilih utk berpasangan dgn lelaki seIslam sahaja, dan berjaya menasihatkan pasangannya yg tidak rajin bersolat utk bersolat. Being gay is part of his identity dan walaupun dia tahu ia adalah bertentangan dgn Islam, dis berserah sahaja.

Keinginan saya berdamping dgn kaum sejenis bukan semata-mata utk mengikutkan hawa nafsu 'buas' saya, tetapi atas memenuhi keperluan emosi dan companionship yang saya butuhkan selama ini. Saya telah berusaha sedaya yg termampu selama lebih 20thn utk melawan perasaan ini dan sebaliknya cuba utk mewujudkan perasaan yg sama terhadap wanita tetapi nampaknya belum berhasil.

Betul saya ada pilihan sama ada utk berhubungan dgn lelaki atau tidak. Tetapi mempunyai perasaan ini terhadap lelaki ternyata bukan pilihan saya. Dan pilihan utk tidak mengendahkan perasaan ini merasa semakin hari semakin berat untuk dilaksanakan kerana seluruh badan dan naluri saya berkata sebaliknya. Cubalah ustaz bayangkan, kadangkala saya takut berhimpit terlalu rapat ketika sembahyang berjemaah kerana khuatir saya akan merasa teruja, sesuatu yg pernah berlaku!


Saya bukan mahu memalingkan diri dari Islam; tidak pernah terlintas pun di hati utk berbuat demikain. Saya masih berusaha utk melakukan semua rukun-rukun Islam; saya juga tidak mengamalkan perkara2x buruk yg lain seperti berminum, berjudi, ke kelab malam dan sebagainya. Setakat ini saya juga rasa saya dapat memenuhi tanggungjawab saya terhadap ibu bapa dan keluarga dgn baik, malah ibubapa saya sering mendapat pujian dari teman2x mereka kerana mempunyai anak yg "baik" dan berpendidikan tinggi.

Namun saya sedih dan kecewa sekali kerana rasanya belum terjawab mengapa saya dibebankan dgn musibah ini yg rasanya terlalu berat utk dipikul; sementara ramai lelaki biasa lain yg mungkin kurang perhatian terhadap isu agama mengambil ringan tentang isu perhubungan mereka dgn wanita.

Kerapkali sebelum tidur dan juga di dalam kereta apabila saya ternampak sebuah kelurga bahagia sedang berjalan saya menitiskan air mata sendirian mengenangkan nasib saya.

Apakah hikmahnya disebalik ujian ini dan adakah penyeksaan batin satu-satunya jalan ke syurga?

Terimakasih di atas segala perhatian ustaz terhadap saya selama ini.

Wassalam

No comments:

Post a Comment