Mungkin semua n3 n3 yang aku post nie telah menyebabkan korang kenal siapa pemilik atau identiti sebenar pemilik blog nie..... so ...cuma satu yang aku pinta..... biarlah ia menjadi rahsia antara kita.....fahamila apa yang aku lalui......fahamilah perjalanan kehidupan aku.......

Thursday, August 6, 2009

Dilema Seorang Lelaki (Gay) Bahagian Ketiga

Soalan melalui email pada 11 Oktober 08

Assalamualaikum ustaz

Terimakasih sekali lagi for yr reply.

Saya meminta maaf jika ustaz terasa seperti saya inginkan ustaz menyetujui dgn tindakan saya, bukan maksud saya begitu.
I was just wondering kalau ada huraian yg lebih compassionate terhadap golongan saya selain seksaan api neraka..

Biarlah saya berikan satu scenario: Saya berlaku intim dgn kaum sejenis, dan melakukannya hanya kerana adalah mustahil dan saya tidak mampu membuat hubungan fizikal dgn wanita. Saya membuat perkara itu secara consensual/ tiada paksaan dan berusaha memastikan perbuatan itu tidak menyakiti orang lain. ( Berbeza dgn seorang lelaki yg melakukan zina, ada huraian yg agak mudah baginya kerana dia boleh menghalalkan perbuatannya itu dgn bernikah dgn kekasihnya. Perbuatan zina juga boleh menyebabkan masaalah seperti mendedahkan isterinya (jika dia sudahpun berkahwin) kepada penyakit kelamin, atau boleh membuat kekasihnya menjadi hamil dan isi-isu sosial yang lain berkaitan dgn kandungan atau kelahiran luar nikah.) Di masa yg sama, saya tetap melakukan rukun-rukun Islam dgn tekun. Adakah saya akan tetap menemui nasib serupa dgn kaum Nabi Lut? Adakah amalan saya akan ditolak?

Wassalam

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jawaban:

Waalaikumsalam.

Saudara,

Tiada bezanya senario tersebut. Senario jalan keluar bagi mereka yang ingin berzina dengan ialah dengan bernikah wanita itu juga sebenarnya tidak hanya ekslusif untuk lelaki yang sukakan wanita. Ia juga 'applicable' kepada lelaki secara umum termasuk mereka yang sukakan lelaki.

Begitu juga dlm senario ini, walaupun ada jalan keluar dengan cara nikah. Jika lelaki tersebut tidak mahu melawan hawa nafsunya, dia juga juga boleh terjebak ke dalam kancah zina.

Begitu juga dengan point akibat perbuatan zina boleh menyakiti orang lain seperti boleh mendedahkan isteri kepada penyakit kelamin juga boleh berlaku kepada mereka melakukan hubungan seks sesama jenis, tidakkah boleh memberi risiko kepada pelaku tersebut kepada penyakit kelamin? Bagaimana pula jika ia sudah mempunyai penyakit kelamin kemudiannya melakukan hubungan seks dengan teman sejenis yang lain, tidakkah perbuatan tersebut boleh memberi risiko kepada teman sejenis yang lain? Bagaimana pula jika teman yang lain itu juga punyai isteri? Bagaimana pula jika dia hamil?

Allah itu Maha Pemurah dan Pengasih kepada sesiapa yang bertaubat dan ingin kembali ke pangkal jalan. Namun dia juga Maha Pemaksa kepada siapa yang mengingkari larangannya.

Seseorang yang mengamalkan rukun Islam akan diterima amalannya, namun ditakuti dosa besar seperti perbuatan liwat akan menggelapkan hati seseorang daripada mendekatkan diri kepada Allah. Selain dosa besar tersebut ditakuti menenggelami amal kebajikan lain yang telah dilakukan. Dan Ya, perbuatan liwat boleh menjerumuskan kita kepada apa yang berlaku kepada kaum Nabi Lut.

Saya amat berharap agar selepas baca email ini, saudara dapat melakukan sesuatu bagi mengubah diri dan tidak berserah diri menjadi mangsa keadaan. Ini kerana saya masih belum dapat melihat sebarang tanda yang menunjukkan usaha david untuk merubah keadaan selain daripada pelbagai alasan untuk justifikasikan perbuatan saudara.

Saya rasa sudah menjawab segala soalan yang dikemukakan pada ketiga2 email saudara yang telah lepas dan sekarang ini terpulanglah kepada saudara untuk melakukan sesuatu.

No comments:

Post a Comment