Mungkin semua n3 n3 yang aku post nie telah menyebabkan korang kenal siapa pemilik atau identiti sebenar pemilik blog nie..... so ...cuma satu yang aku pinta..... biarlah ia menjadi rahsia antara kita.....fahamila apa yang aku lalui......fahamilah perjalanan kehidupan aku.......

Thursday, August 6, 2009

Dilemma Seorang Lelaki (Gay) Bhg Kedua

Blog Entry
for everyone
Soalan melalui email pada 11 Oktober 08

Assalamualaikum Ustaz

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terimakasih kerana ustaz sudi membaca luahan hati saya dan memberikan pandangan. tetapi buat masa ini biarlah kita berhubung melalui email kerana saya belum bersedia berhadapan dgn ustaz.

Selain dari kaum nabi Lut, adakah situasi atau konteks lain di mana golongan homoseks ini disebut di Al-Quran? Dan adakah ustaz tahu jika ada hadis-hadis yg melibatkan bagaimana Rasullullah saw berhubung dgn golongan ini? Pada pandangan ustaz, apakah hikmah atau purpose of gejala ini kerana rasanya ia adalah dugaan yg sangat berat kerana " kecacatan' ini tidak ada jalan keluar yg mudah dan, lain daripada kecacatan fizikal di mana si penaggungnya tidak dipersalahkan, golongan homoseks dicemuh kerana sengaja memilih jalan ini walaupun pada hakikatnya adalah sebaliknya?

Mengenai success stories yg ustaz sebutkan, adakah ustaz mengenali sekurang-kurangnya seorang secara peribadi? Jika ya, bolehkah ustaz memberikan emailnya supaya dapat saya berhubung dengannya utk menanyakan pengalamannya?

Memang ada golongan orang yg cenderung kpd sesama jenis mendirikan rumahtangga, tetapi ada juga di kalangan mereka yg masih berhubungan dgn kaum sejenis tanpa pengetahuan isteri mereka, atau membayangkan kekasih mereka semasa menggauli isteri mereka untuk "perform' ataupun mendapatkan kepuasan. Some of them are also bisexual to begin with, so having natural sexual relations with a woman is possible.This is unlike those who are exclusively homosexual, like I think I am, so that's why I said I did not have a choice where determining my sexual identity is concerned. Kalau betul saya ada pilihan, jika saya ada rasa tertarik kpd wanita walau sedikitpun, masakan saya mahu merumitkan kehidupan saya dgn memilih utk mennggauli lelaki sahaja?

Ustaz ada memberikan contoh berpuasa utk mengawal hawa nafsu, it is but a temporary measure I think. Pada fikiran saya, plas correct me if i'm wrong, nafsu seks adalah naluri semulajadi, malah satu nikmat Tuhan kpd manusia cuma ia harus di antara suami-isteri yg sah. Walaupun di bulan ramadhan, seseorang itu dibenarkan menggauli isterinya pada waktu malam. Even our prayer leaders/ imam are not deprived of the pleasures of a healthy sexual relationship with their spouses. This is unlike other religions such as Catholicism, Buddhism and even Hinduism I think di mana their prayer leaders have to remain chaste and pure and not engage in sexual relations/ get married. This has led to the occurrence of ppl going into clergyhood to hide their real sexual tendencies and has led to some abusing their positions to take advantage of others under their care, like what happened to the Catholic clergy.

My point is mengawal nafsu shahwat ini dgn langsung tidak melakukannya adalah perkara sukar kerana ia adalah ibarat menyuruh seorang lelaki sejati tidak mengendahkan keperluan batinnya dan remain celibate utk selama-lamanya. Mewujudkan rasa cenderung terhadap kaum bukan sejenis pula terasa as unnatural (even revolting) as asking a straight person to develop feelings for someone of the same sex. Huraian saya ialah mungkin orang-orang yg senasib dgn saya adalah seakan-akan orang-orang cacat (penglihatan sebagai contoh), di mana sesebuah nikmat yang diambil mudah (atau taken for granted) oleh segolongan besar yang lain, ditarik oleh Tuhan di atas sebab-sebab yang hanya Dia sahaja yg ketahui. Mungkin saya boleh hidup tanpa mempunyai hubungan fizikal dgn sesiapa, tetapi saya tidak tahu jika saya boleh hidup diperkatakan orang mengapa saya tidak hidup berumahtangga seperti orang lain.

Wassalam


===============================================

Waalaikumsalam.


1. Saya dapat lihat melalui email saudara, kesungguhan untuk berubah.Tapi pada yang sama terdapat hambatan2 yang bermain di benak fikiran anda.

2. Saya maklum dengan hakikat terdapat juga golongan biseksual. Namun, kisah yang pernah baca di majalah (keluaran tempatan) merupakan kisah seorang homoseksual ekslusif. Beliau diliwat dari kecil oleh seorang kenalan rapat keluarga, dari situ beliau berubah menjadi seorang yang cenderung kepada kaum sejenis. Keadaan ini berterusan sehingga selepas NS.

3. Bagi mengikis perasaan suka kepada kaum sejenis ini, beliau cuba aktif dalam aktiviti sukarelawan di salah sebuah badan setempat. Beliau kemudian berkenalan dengan seorang sukarelawan wanita yang banyak membantu dan mendengar luahan hati beliau dan akhirnya hasil dari persahabatan biasa membawa ke gerbang perkahwinan.

4. Saya tidak pasti, sama ada beliau membayangkan semasa melakukan hubungan seks dengan isterinya dengan kekasih lama beliau (seorang lelaki), namun jika benar sekalipun perbuatan (seks) tersebut adalah halal.

5. Dalam Quran tidak disebutkan kisah homoseksual selain dari kisah kaum nabi Lut. Begitu juga, tiada riwayat hadith yang menunjukkan gejala ini berlaku pada zaman Rasulullah.

6. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, Dia tahu apa yang terbaik buat manusia kerana Dialah yang menciptakan kita. Pada masa saya bersetuju bahawa keinginan untuk melakukan seks merupakan naluri semulajadi manusia, atas dasar itu Allah mensyariatkan perkahwinan. Ini berbeza dengan keinginan melakukan seks dengan kaum sejenis, ia merupakan satu perkara yang diluar tabii manusia. Atas dasar itu Allah melarangnya dan mengutuk perbuatan kaum Nabi Lut.

6. Perumpamaan saudara juga kurang tepat, berbeza dengan nikmat mata yang ditarik (buta), naluri terhadap wanita adalah satu naluri semulajadi pada setiap lelaki. Dalam kes saudara, ia tidaklah lenyap selamanya. Saudara perlu berusaha dan berdoa agar mudah-mudahan naluri itu akan datang kembali. Tuhan itu Maha Mendengar lagi Maha Pengasih.

7. Ibadah puasa adalah satu langkah yang berterusan bagi membendung shahwat jika dalam keadaan yang kritikal. Ia bukanlah satu langkah short term. Saudara perlu melakukan 'mujahadah' atau perjuangan bagi melawan hawa nafsu saudara.

8. Spt saya katakan pada email terdahulu, adalah sukar untuk saya membantu saudara jika kita tidak dapat bersetuju dengan hakikat bahawa kita mempunyai pilihan dan bertanggungjawab dalam setiap perbuatan yang kita lakukan.

9. Saya dapat melihat daripada email ini, saudara seolah-olah ingin mendengar kata2 dari saya bagi menyetujui segala tindakan yang saudara lakukan. Terus-terang saya katakan saya bersimpati dengan nasib yang dialami oleh saudara, namun pada masa yang sama jelas perbuatan melakukan hubungan intim dengan kaum sejenis adalah satu perbuatan yang dilarang dan dikutuk oleh Allah.

10. Namun saya gembira, bila saudara menyatakan bahawa saudara mungkin boleh hidup tanpa mengadakan hubungan dengan sesiapa tetapi tidak pasti boleh hidup diperkatakan orang mengapa saya tidak hidup berumahtangga seperti orang lain adalah astu tanda yang positif pada diri saudara.

11. Bagi saya saudara perlu dapatkan bantuan sebagaimana jawapan email saya yang lalu. saudara juga perlu merenung dan mempraktikkan perkara yang telah saya sebutkan dalam email yang terdahulu selain berdoa mengharapkan bantuan daripada Allah.

12. Saudara cubalah dulu mulakan perjuangan..dan bila sudah bersedia untuk berjumpa. Sila hubungi saya. Saya bersedia membantu.


Terima kasih.

No comments:

Post a Comment