Mungkin semua n3 n3 yang aku post nie telah menyebabkan korang kenal siapa pemilik atau identiti sebenar pemilik blog nie..... so ...cuma satu yang aku pinta..... biarlah ia menjadi rahsia antara kita.....fahamila apa yang aku lalui......fahamilah perjalanan kehidupan aku.......

Tuesday, January 11, 2011

masihkah ada taubat..

MASIHKAH ADA TAUBAT BAGI DOSA YANG BERULANG?
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin



Soalan: Prof Madya Dr MAZA, saya seorang pemuda dan sering melakukan dosa. Sudah berulang kali saya bertaubat. Tapi kemudian saya tidak mampu kawal diri, saya buat lagi. Sudah berapa kali saya taubat sehingga saya rasa Allah sudah tidak mahu terima lagi taubat saya. Adakah taubat saya palsu? Adakah saya bohong Allah? Saya terus hanyut dengan perbuatan saya sendiri. Saya hendak taubat lagi, tapi rasa macam Allah dah tidak terima, atau takut saya sendiri ulang lagi. Boleh tak Dr berikan nasihat kepada saya?



Safwan, Melaka.



Jawapan Dr MAZA: Saudara, perasaan kesal atau keinsafan yang ada dalam jiwa saudara –alhamdulillah- menandakan bahawa cahaya iman itu masih kuat dalam diri saudara. Semoga kita semua selalu dibimbing Allah ke jalanNya yang lurus. Untuk soalan saudara maka saya jawab seperti berikut;



1. Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:

“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).

Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.

2. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.

Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.

3. Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.

4. Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.

berdoa3.jpg

5. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:

“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

6. Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.

7. Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):

“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).

Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.

8. Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya)

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:

“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).

9. Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah: (maksudnya)

“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).

Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

10. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:

“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Sunday, January 9, 2011

berikan pendapat......

Lelaki yang mendakwa dirinya seorang gay secara seksualnya lebih tertarik dan menyukai seorang lelaki lain. Bagi mereka, perasaan seksual terhadap lelaki itu adalah normal dan semulajadi. Perasaan ini mula terbentuk semenjak zaman kanak-kanak dan berlanjutan sehingga keperingkat dewasa. Walaupun terdapat lelaki gay yang turut tertarik kepada perempuan, biasanya perasaan seksual terhadap lelaki lebih dominant dan bermakna kepada mereka. Rasa untuk berkomitment dan menyayangi antara satu dengan lain sama dengan pasangan heterosexual. Mereka suka hidup bersama dan membina kehidupan yang terjamin.
Tiada siapa yang benar-banar faham mengapa sebahagian kita menjadi gay. Ada yang mengatakan gay adalah kesan dari salah didikan semasa kanak-kanak. Sebahagian yang lain mengatakan menjadi gay adalah disebabkan oleh gene itu sendiri. Apa pula pendapat anda ?

Banyak yang mempunyai pengalaman jatuh hati teman sesama jantina semasa zaman kanak-kanak mereka. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna anda adalah seorang gay. Bagitu juga pengalaman menjalinkan hubungan sex dengan teman sejenis sewaktu alam kanak-kanak tidak bermakna anda adalah seorang gay.

Ada yang mengatakan menjadi gay merupakan suatu pilihan seseorang individu. Ini salah. Menjadi gay merupakan sifat semulajadi diri dan bukan kesan langsung dari persekitaran samada akibat pengaruh rakan atau pergaulan. Sifat gay bukan suatu pilihan. Ia tidak semudah memilih Double Cheese Burger di MCDonalds dan keesokannya pula memilih Whooper Jr di King Burger.





Kajian menunjukkan satu dari sepuluh manusia di dunia ini merupakan gay atau lesbian. Ini bermakna jika kita berada dalam satu perhimpunan, maka akan terdapat beberapa orang gay didalamnya. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk kita mengatakan seseorang itu gay atau tidak melainkan dia sengaja mahu kita mengenalinya (misalnya melalui cara dia berpakaian atau assesories yang digunakan). Lelaki gay mampu bergaul dengan orang lain seperti biasa. Ini menyukarkan lagi kita mengenal pasti mereka dengan tepat.

Gay remaja (anak ikan) mungkin sukar memahami mengapa mereka mempunyai naluri yang berbeza. Rakan lelaki lain yang mereka kenali menunjukkan minat terhadap perempuan, lalu menyebabkan remaja gay ini tidak pasti samada diri mereka sesuai bercampur dengan kelumpuk lelaki lurus bendul ini apa tah lagi untuk berbincang atau mendedahkan perasaan sebenar mereka.

Bagaimana aku tahu yang aku adalah gay ?

"Tak ingat pulak bila pertama kali aku sedar yang aku ni gay... , yang pasti sejak kecil aku selalu berangan nak buat sex dengan lelaki dan perasaan itu cukup menyeronokkan aku " -- Azri, 19 tahun (Model sambilan disebuah agensi di Pandan Indah )

"Aku tak pernah rasa tertarik dekat perempuan. Aku betul-betul sedar yang aku gay bila aku dah baligh. Aku dapat rasa tarikkan terhadap budak lelaki lain cukup kuat dan perasaan ingin tahu apa yang meluap-luap"-- Azmi, 18 tahun (Bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini ).

"Satu hari aku membelek Majalah Remaja, ada gambar budak lelaki yang cukup cute - aku tak puas menengoknya ! Apa lagi , confirm lah aku ni gay... " -- Khusairi, 16 tahun (anak jiran sebelah rumah ku )

Diperingkat awal anda mungkin tidak pasti naluri sexual anda yang sebenarnya. Tidak perlu tergesa-gesa melebelkan diri dengan sexual preference yang tertentu. Sexual identities kita terbentuk perlahan-lahan. Remaja lelaki kebanyakkanya mengalami naluri sexual mendalam semasa berada dalam alam baligh iaitu dalam lingkungan usia antara 11 ke 15 tahun bilamana tubuh badan mulai membentuk dan hormon mula aktif. Naluri sexual mungkin agak tinggi diwaktu ini. Ia boleh muncul secara mendadak, tanpa rangsangan samada dari individu atau faktor persekitaran.

Ramaja lelaki yang mempunyai naluri gay mendalam akan mendapati, dari masa ke semasa minatnya terhadap lelaki lain semakin menebal dan tidak berbelah bagi. Anda mungkin rasa jatuh cinta dengan rakan sedarjah atau juga lelaki lain yang lebih dewasa. Anda akan merasakan pengalaman ini ada waktunya agak menyeronokkan, menyusahkan atau campuran keduanya. Menjelang usia antara 16 ke 17 tahun, remaja gay akan mula melabel identiti sex mereka dan mengesahkanya sementara yang kurang keyakinan diri atau yang masih keliru akan tetap menunggu...



Tanyalah diri anda persoalan ini :

Impian atau fantasi sex anda adalah terhadap lelaki atau perempuan ?
Pernah merasa minat atau tertarik hati dengan lelaki lain ?
Adakah anda merasa berbeza dengan rakan lelaki yang lain ?
Adakah perasaan anda sebagai lelaki adalah telus dan jelas ?
Jika anda sukar menjawabnya dengan jelas sekarang, jangan bimbang. Anda akan lebih pasti bila masanya sudah tiba nanti. Hanya anda seorang yang tahu melebalkan diri anda dengan tepat.


Making contact

"Pertama kali menemui gay lain, aku rasa excited, beria-ria, nervous pun ada. Lega rasanya bila kita tahu yang kita tak keseorangan. Ada orang lain jugak. Mulanya mungkin agak takut, tak tahu apa yang akan berlaku..." -- Wan, 18 tahun dari Pasir Mas Kelantan.

"Pertama kali membuat contact dengan gay lain terasa cukup melegakan. Tak sangka langsung ada connection. Rasa cukup happy. Rasa takut pun ada jugak."-- Izham Azhar, student MC GAY GAY.


Belajarlah menyukai diri sendiri

" Dengan menemui gay lain, aku mula menerima hakikat diri aku sendiri. Aku pasrah dengan apa yang ada.."-- Ahmad Zaid , 21 tahun dari Hulu Klang.

"Aku menerima hakikat yang aku ni gay. Tak perlu aku berlakun .."-- Ahmad Wardi, UIA.

Bukan mudah nak berterus terang tentang identiti diri kita yang sebenarnya. Kita sendiri tahu macam mana rakan-rakan membuat lawak bodoh mengenaiya. Kata-kata yang menyakit hati serta tanggapan salah mengenai diri seorang gay. Orang memang membenci atau takut tentang pekara yang mereka tidak faham. Banyak yang membenci golongan gay. Banyak yang tidak merasa selesa denganya. Oleh itu tidak pelik jika anda memilih untuk menyorokkan perasaan anda dari orang lain. Atau mungkin juga menyorokkanya dari diri sendiri ...

Menyorokan perasaan dan naluri sexual sebegini dianggap "closet" bagi kebanyakkan orang. Kadang kala ia memang meyakitkan dan terasa cukup lonely sekali. Kita terpaksa membataskan pergaulan kita dan cuba mengelak dari berkawan dengan gay lain yang sudah 'exposed' bagi mengelakkan orang mengenal identiti kita. Kita seakan hipokrit kerana memendam perasaan dan gagal menunjukkan hakikat diri yang sebenarnya. Walau bagaimanapun bukanlah salah untuk kita terus berkeadaan "closet" sekiranya itu adalah yang terbaik buat kita .


Patutkah aku berterus terang ?


"Aku hanya bagitahu seseorang yang aku ni gay jika aku memang dah kenal betul dengan dia. Rasanya mereka patut tahu sesuatu yang special tentang aku.. "-- Ijat, ITM Shah Alam.

"Soalan tu tak relevent kat aku. Aku ni normal. Tak kan jadi normal pun perlu terus terang kat orang lain gak kot "-- Hisham, 19 tahun.

"Aku akan hanya bagi tahu orang lain yang aku gay bila aku pasti dia tak akan reject aku sebagai kawan. Dia akan terus terima aku seadanya dan tak cuba-cuba nak 'straighten' aku. Tapi mula-mula aku kenalah test dia dulu. Kemudian baru aku pertimbangkan samaada bahaya ke kalau aku bagitahu "-- Shafiq, Cosmopoint Inst. .


"Gay hanyalah sexual preference aku. Ia bukan cara hidup. Kenyataan yang aku ni seorang gay hanyalah sekadar a piece of information yang tak semestinya perlu aku kongsi dengan orang lain "-- Kamal, UKM Bangi.


"kadang2 bile ko dah berterus terang, ko rase lebih lega dan selesa dengan orang sekeliling, tapi kalo ko rase dengan berterus terang ko takkan dihormati, dan malu..jgn ler bagitau..terpulang pada diri sendiri, , ,whether ure open minded or not.. rata2 kawan2 aku boleh terima...dan x pernah mengumpat.. dan juga ape keperluan nak bagitau... takkan tetibe one day nak bagitau semua orang..derang x tanya.. jgn bagitau ler..gilo ko.. umpama mengali lubang kubor sendiri " -- Boykhan, KL - 24

Wednesday, January 5, 2011

sekali lagi.....

sekLali lagi aku tersungkur di sini...... aku lemah disini...... berkali 2 aku cuba bangun namun begitu hebat bisikan syaitan trhdp aku....... namun hati inii terus sedar dari kesilapan....... terus sedari dari kekilafan diri ini..... dan sekali lagi air mata suci ini mengalir........ aku lemah...... mengapa aku begitu lemah.....Ya ALLAH...ampnkan ak...... kuatkanlah iman aku..... hanya kepada mu aku berserah.......

apa yang aku buat.......
astagfirullahhalazim...... saat ini air mata aku mengalir bersama rintihan hujan..... alam seakan mengerti akan kekilafan ini......

pada malam ini.... sedang aku mencari2 novel yg hndk dibaca..... tiba2 terbukalah satu blog yang x sepatutnya aku buka..... terus aku mengikit kata hati.... terus aku layan semua .... tanpa mengingat sedikitpun ...... siapakah yang menciptakan aku......... berjam2 aku melayarinya...... namun takdir menemukan aku dengan blog Meraih Cinta.... usah takut untuk berubah....

hati ini mula sedar dari kesilapan...... tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku mahu berubah namun hati ini begitu rapuh dengan bisikan syaitan....... hanya kepada ALLAH aku mengharap......agar dapat diampunkan dosaku........ aku sunyi, aku lemah.... tiada tmpat untuk aku mengadu.........

segalanya telah ditentukan oleh Allah.... aku tahu Allah masih menyanyangi aku... lalu dibukankan hati aku semula..... aku mahu berubah...... YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSAKU INI..... KUATKANLAH IMAN KU.......

mungkin terdapat hikmah yang sangat besar ...di sebalik semua ini..... air mata aku kini mengalir..... azam yang aku angan2 kan taun ini telah pergi ditiup angin.... mungkin air mataa yng suci ini dapat membawa pergi segala kekilafan diri....

aku juga seorang mnusia... aku juga mmpunyai nafsu... dan juga iman.... namun iman aku tidak kuat untuk menghalang bisikan nafsu..... setiap manusia pasti melakukan kesilapan... namun Allah itu maha penyanyang...... Allah akan menerima setiap taubat hambanhya yang beriman.......

aku harap perkara ini x kan belaku lagi..... ...
thanx to reader....
and my life diary....i love you........
wassalam.... dengN harapan tiada lagi kekilafan yang seterusnya....amin.....

Saturday, January 1, 2011

HaPpY nEw YeAr

Happy new year.!!!!!!!!!!!!!!

Selamat tahun baru pada korang suma yang setia membaca atau terbaca blog aku ni..he3.. tahun baru ni macam 2 azam baru nak buat… azam lama pun belum habis lagi…. Tapi nak buat cam ne dah tak dank an… so tahun baru ni azam aku ek.. mcm2 sebenarnya tapi yang first srkli mestilah aku nak berubah…..
Tahun baru ni aku harap hidup aku lebih aman bahagia…. No more sedey2 … aku x nak lagi sedih2… nak happy je… aku nak teruskan kerja aku sbgai pelakon ..ha3….. aku akan terus belakon ngan dunia luar….. dan mereka xkan pernah tahu siapa aku…. Aku lah orang poling hipokrit sekali…. He3…… aku bukanya saja nak blakon ni… aku baru terdenger cerita baru ni … sal seorang tu yang mengaku dia gay….. dah heboh macam2 cerita sal dia….. aku x nak ambik tahu pun ,… terdengar je… so bila aku dah dengar cam tu …. Aku ambik keputusan aku x kan pernah buka rahsia aku ni….. just aku sorang yang tahu sal hidup aku…. Ha3…. Aku nak terus kan kerja aku…. Ha3.. aku nak jadi hipokrit…. Sbb lau aku uka rahsia aku …aku tahu aku x kan diterima walau sebaik manapun aku…. Manusia semuanya sama….. .. I’m going to became more crazy…… aku nak balik perangai aku yang gila2 tu…. Biar bahagia skit hidup aku ni….. biar aku yang tentukan hidup aku ni….. lau ada orang yang tahu sal rahsia aku ni… mesti ada yang nak mengatur hidpu aku…..so ….. don’t disturb me ok…. So nilah hidup aku…. And aku mahu teruskan hidup aku…… tiada siapa yang dapat mengganggu aku…. Pada korang aku sory sgt2….. aku dah x mahu hidup aku yang sedih2 lagi….. lau aku ada gf pun bukannya aku bahagia pun…… ah……. Biarkan semua ini berlaku……. Suatu hari nanti mereka akan tahu aku yang sebenarnya ha3…… aku suka hidup aku….. ha3….
So ni matlamat hidup aku tahun ni….. aku x tahu aku sekuat mana nak terus blakon and became so hipokrit…. Mak, ayah dan kawan 2 aku …x kan pernak kenal aku yang sebenar……
Aku harap aku sgt kuat untuk menghadapi semua ni……
k…. happy new year semua….. take your time to have a wish…..
sblm tu please wish me luck with my wish….. he…..3…. k tentukan hidup korang sendiri….. just ikut kata hati…… and hidup mesti diteruskan walau apa yang datang menghalang……. Tiada sebb untuk korang untuk berhenti berjuang….. begitu juga aku…… ingat rahsia ini just kita ngan Allah sahaja….. don’t care what they say…… teruskan hidup…….HAPPY ALWAYS :)