Mungkin semua n3 n3 yang aku post nie telah menyebabkan korang kenal siapa pemilik atau identiti sebenar pemilik blog nie..... so ...cuma satu yang aku pinta..... biarlah ia menjadi rahsia antara kita.....fahamila apa yang aku lalui......fahamilah perjalanan kehidupan aku.......

Sunday, December 6, 2009

aku mahu berubah ( please bace )

Asslamualaikum pembaca blog sekalian……………..
Aku harap anda semua sihat sejahtera……………
Sebenarnya pada post ini aku ingin mencoretkan segala yang tersimpan di hati aku..
Aku rasa disini tempat yang paling sesuai aku mencurahkan segala galanya…..
Tetapi aku akan tetap merahsiakan identiti aku, sesiapa yang ingin berkenalan dengan aku bolehla email kepada aku....

Segalanya bermulaa.........................................................................

Aku dilahirkan pada....haribulan..... 199...., dan nama aku diberi muhamad.....................
Sekarang aku berusia ... tahun dan aku masih di awal remaja terlalu bayak lagi yang aku akan pelajari di dunia luar.............
Tetapi satu ”keadaan” telah timbul dalam diri aku......
Aku mula mengetahui yang aku menyukai sesama jantina pada tingkatan satu.....aku sendiri tidak tahu bagaimana perasaan itu telah timbul dalam diri ku...... semenjak dari itu aku mula meminati kaum lelaki... aku mula menjadi pendiam, pememdam, dan segalanya yang pernah aku beritahu dalam post yang lepas...
Aku pernah menyoal diri aku sendiri adakah ini takdir aku ...... pada seketika masa aku akan berfikir keseorangan memikirkan apa yang terjadi pada diri ku sendiri......... .... aku seorang homoseksual ..sekarang aku telah berani untuk mengaku.... aku meyukai lelaki ..tetapi adakah ini telah ditakdirkan kepada aku.....setiap malam aku akan memikirkannya dan merasa yang aku telah salah memilih dan di luar fitrah.... tetapi perasaan ini hadir dalam diri aku dengan semulajadi tiada siapa yang menyebabkan aku jadi begini........ mungkin juga pada sekolah rendah aku lebih rapat dengan kawan perempuan dan hanya berkawan sedikit dengan lelaki...... tetapi apakah yang menyebabkan aku lebih rapat dengan perempuan?????????????...... aku tidak mahu salahkan pada sesiapa... aku hanya ingin meluahkan apa yang terpendam dalam hati aku... apa yang menyebabkan aku jadi begini... aku pernah terbaca dalam gm....dan dari mulut orang .... mereka mengkeji homoseksual..... sedangkan perasaan ini lahir dengan sendirinya ...tidakkah mereka pernah terfikir benda itu.....mereka hanya mahu meyalahkan orang yang menjalinkan hubungan ini.... sedangkan aku sendiri tidak pernah melakukan hubungan seks luar tabii..... aku Cuma mahu bersahabat sesama manusia yang mempunyai masalah seperti aku , aku Cuma mahu seseorang yang dapat memahami hati aku... itu saja.. bukannya mahu melakukan lebih daripada itu..... tetapi bagi mereka yang tidak faham mereka akan tetap memandang hina sekiranya seseorang seperti aku mengaku yang dirinya homoseksual..... aku sendiri tidak berani untuk mengaku kepada ibubapa aku yang aku ni gay............. aku mungkin terfikir bila aku beritahu aku ni gay.... pertama sekali yang mereka kata ”nabi tak mengaku umat”..... mereka tak faham dan tidak akan pernah faham.... perasaan menyukai sesama jantina ..... ”perasaan” sesuatu yang lahir dalam diri kita tanpa paksaan ..... ianya lahir secara semulajadi..... aku terfikir sekiranya aku beritahu kelaurga aku yang aku ni gay........ aku tak tahu apa yang akan berlaku .. adakah mereka akan menghantar aku ke tempat pemulihan atau mereka akan melakukan perkara yang bukan bukan ??????????????????? . aku takut untuk menghadapinya ......... aku harap keluarga aku akan terima aku seadanya.... kerana perasaan ini lahir dengan semulajadi dan ia tidak boleh dipaksa.................
Mungkin ada jawapannya pada masalah aku ini, tetapi aku belum ketemui........
Aku Cuma takut untuk menghadapi segala dugaan ini ... aku tidak boleh berjumpa dengan lelaki yang .... terus jadi tak tentu hala........ sepatutunya semua ini tidak berlaku kepada aku............ hanya satu aku belum pusa hati........ orang yang menganggap seseorang yang mengaku dia menyukai sesama jenis akan dianggap keji.... nabi tidak mengaku umat....... itulah yang mereka akan katakan...... adakah mereka mahu orang seperti aku ini mengubah dalam sekelip mata perasaan yang menyukai sesama jenis kepada menyukai berlainan jantina..... dalam sekelip mata.........???????????
Sebenarnya mereka perlu mendalami dengan betul siapa kah ”homoseksual”.........
aku Cuma mahu memberitahu perasaan ini lahir dengan semla jadi....... aku mungkin ada mendengar kabar yang ada gay boleh berubah dan berkahwin dengan perempuan...... TETAPI aku juga ada mendengar yang seorang suami melakukan hubungan luar tabii....
dengan lelaki............

entahlah apa yang aku luahkan disini aku sendiri tidak faham....................... aku Cuma seorang lelaki yang didalamnya lahir perasaan menyukai sesama lelaki......... Tetapi aku Cuma meyukai lelaki dengan nama kasih sayang seperti juga lelaki yang meyukai wanita hanya dengan kasih sayang....... dan bukannya DIPENGARUHI oleh nafsu..................
aku Cuma mahu seorang ”teman rapat” ............. aku Cuma mahu sesorang yang dapat berbual dengan aku semasa susah senang............itu sahaja tidak lebih dari itu.............seperti juga lelaki yang memrlukan kasih sayang seorang wanita( dan ini adalah lumrah kehidupan)........
erm..............................................
mungkin tujuan utama aku menulis post pada hari ini adalah untuk membetulkan tanggapan orang ramai sekiranya aku mengakui yang aku menyukai sesama laki....... aku tak mahu orang menilai aku seorang yang jijik kerana menyukai lelaki......... ....... dan itu adalah PERASAAN yang lahir dengan semula jadi..................
( mungkin korunk ada terfikir aku lelaki lembut , sebenarnya tidak, hanya perasaan aku je yang macam ni , sbb tu orang kat luar x pernah terpikir aku ni gay ).......

aku harap apa yang aku tulis ni berada di bawah lindungan ALLAH bukanya dengan penguasaan iblis...................

tujuan lain aku menulis post ini adalah aku mahu berjanji tidak akn lagi mengulangi perkara yang berdosa seperti melihat video l***h dan lain lagi...................
aku mahu berubah dan aku juga mahu berjanji aku mahu mendapat keputusan yang cemerlang pada spm tahun depan...

mungkin diari ini akan menjadi peneman hidup aku selamnya........................
dialah kekasihku..............................
hanya diari ini yang memahami aku...........dan segala yang aku lakarkan disini langsung tidak dibantah oleh diari ini...................
aku sayang diari ini kerana dapt memahami aku :) .............................................
aku juga harap pembaca blog juga memahami aku..............
sekian sahaja sampai disini.................
kita akan bertemu lagi di post akan datang.........
wassalam..........

p/s : aku tidak dapat menyatakan identiti aku , kerana aku masih dibawah umur..

1 comment:

  1. bila membaca post ni, aku trtarik dgn janji yang mengatakan yg awk xnak lg mau meelihat video yg x elok utk dilihat.. memandangkan post ini brtarikh, 9,12,2009... curious gak nak tahu sama ada awk dpt mengotakan janji tu.. honestly, aku slalu je ckp mcm tu pd diri aku, dh xnk mahu meliat benda-benda x elok tu, tp nafsu ni memang xleh nk dibendung.. klu lh sampai skrg ni (2011) awk memang betul dh x tgk video mcm tu lg, aku nk katakan TAHNIAH!!.. musuh trbesar kpd manusia adalah nafsu diri sendiri.. namun, aku akui, adakalanya aku trtewas jg dgn perperangan menentang nafsu...

    ReplyDelete